Bekas Pengarah JSJ PDRM bakal berdepan polis masa Himpunan Oren 14 Julai? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 09, 2012

Bekas Pengarah JSJ PDRM bakal berdepan polis masa Himpunan Oren 14 Julai?

PAS cukup beruntung pasai individu yang pernah jadi orang nombor 3 dalam PDRM masuk PAS. Hj Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM ni dah pun serah borang masuk PAS kepada Timbalan Presiden PAS lebih sebulan lepas.

Pada 14 Julai ni ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman akan menganjurkan satu demonstrasi, Himpunan Oren Selamatkan Felda yang akan berhimpun di Masjid Wilayah dan akan berarak sejauh lebih 3km ke Istana Negara.

Jadinya cukup cantik sangat la kalau bekas orang nombor 3 dalam PDRM ni boleh jadi kepala demonstrasi tu. Takkan bekas pegawai tinggi polis pencen ni tak pi demonstrasi tu kut.
Sebagai ahli PAS, takkan dia takmau wala' kepada arahan pimpinan. Setiausaha Agung PAS, CikguPa dah pun keluarkan surat arahan rasmi kepada semua ahli PAS hadir demonstrasi tu.

Memang elok sangat kalau Hj Fauzi Shaari boleh duduk di barisan depan sekali bersama dengan bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Abdullah Omar bersama-sama Presiden PAS, TG Hj Hadi dan lain-lain pimpinan.

Mana tau kalau demonstrasi tu jadi macam demonstrasi Bersih 3.0, boleh la dia berdepan dengan anggota polis. Takkan bekas-bekas anak buah dia tak hormat langsung dekat bekas bos.

Lagi pun, inilah masa yang paling sesuai untuk menyatakan kesetiaan mendokong hasrat PAS, tak hanya  setakat berani di pentas ceramah saja. Jangan dia pun Unit Amal kena jaga jugak bila polis mula belasah macam masa BERS✔H 2.0 dah la.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...