Lagi 'berita baik' demo Oren, berhimpun di masjid Wilayah pun polis tak bagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 12, 2012

Lagi 'berita baik' demo Oren, berhimpun di masjid Wilayah pun polis tak bagi?

Dalam posting aku kemarin "Ini berita yang ditunggu-tunggu, demo Oren tak dapat permit?" ada sikit bayang-bayang kamungkinan boleh rasa lagi semburan air asid dan gas pemedih mata penyesak dada.

Mazlan Aliman bagitau yang polis tak benarkan berarak ke Istana Negara. Cumanya Mazlan Aliman bagitau benda tu belum putus lagi.

Tapinya aku rasa pihak polis dah buat kata putus, bukan saja tak benarkan perarakan ke Istana Negara tapi berhimpun di Masjid Wilayah dan Istana Negara pun polis tak benarkan.  
mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Kalau ikut Nazri Aziz masa bentangkan rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012, antara perkara penting akta tu termasuk:
  • Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
  • Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
  • Tiada protes jalanan dibenarkan.
  • Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat. - Mkini.
Kalau nak wala' kepada 4 perkara tu, memang tak jadi la demo Oren tu, kecuali la kalau penganjur sanggup cadangan dari polis dan kita semua boleh agak polis tentu akan suruh demo tu dibuat di dalam stadium.

Apa kejadahnya demo kat dalam stadium, bukannya nak main bola. Kalau takat nak buat macam Himpunan Hijau ke Putrajaya sesuai la kot buat kat Stadium.

Apa pun, macam kata Mazlan Aliman dalam klip video kat bawah ni, "kena tembak pun tembak lah, kita akan terus..." Abang Mat Sabu akan jadi komander dan himpunan Oren tetap jadi.

Jadinya, terutama sekali kepada pencinta demonstrasi yang dah ketagih nak rasa lagi semburan air kimia dan gas pemedih mata penyesak dada, inilah masa kita lepaskan gian kita.

Pasainya, dah semakin jelas bayang-bayang water canon dan pasukan penembak gas akan hadir sama dalam demo ni.

Apa pun, harap-harap lebih 20k akan hadir himpunan besar-besaran ala BERS✔H ni yang dipanggil
Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...