Apakah yang dikehendaki atau kata dua yang diberikan oleh Lajim kepada Najib sehingga beliau sanggup menimbulkan suatu keadaan yang menggugat BN Sabah dan tentunya juga demoralised BN dalam saat memerlukan perpaduan yang utoh menghadapi pilihan raya.
Khabarnya Lajim mahu mempastikan Najib menyingkirkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dari Sabah, mempastikan beliau tidak lagi akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.
Dan, jika ini diterima oleh Najib, maka tentunya Lajim juga kan menghadapi cabaran dari Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kabarnya, juga berminat sangat mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.
Dan, lebih dari itu jika Najib tunduk kepada sebarang tuntutan Lajim yang bersifat mengugut maka tentunya akan menampakkan kelemahan kepimpinan beliau. - Sinarharian.
Laporan Sinarharian tu adalah hasil tulisan Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan yang popular bukan saja di Malaysia malah mungkin di dunia sebab komen BANGANG pasai Himpunan Bersih yang pertama tahun 2007 dulu.
Betul atau tak betul apa yang bekas Mneteri Penerangan yang tak pandai Englinh ni aku taktau, tapi macam Zainuddin Maidin aku pun rasa memang ada permintaan 'besar' dari Lajim Ukin ni yang Najib tak tunaikan sampai dia buat keputusan letak semua jawatan dalam Umno dan BN.
Yang lebih bermain dalam kepala aku sekarang ni, apa permintaan atau tuntutan Lajim Ukin ni kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat? Aku yakin tentu ada punya permintaan dari Lajim Ukin ni.
MalaysianInsiders melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Ahli Parlimen Beaufort dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Lajim Ukin malam ini mengatakan beliau keluar dari BN untuk kepentingan rakyat.17 kerusi dari 25 jumlah kerusi Parlimen di Sabah memang cukup banyak. Macamana pulak dengan Wilfred Bamburing? Takkan Lajim Ukin boleh dapat koata dia tak dapat? Berapa pulak kerusi yang akan diperuntukkan kepada Wilfred Bamburing?
Beliau melancarkan pergerakan politik yang mesra Pakatan Rakyat (PR), iaitu Pakatan Perubahan Sabah yang akan bertanding 17 kerusi Parlimen di Sabah. - TMI.
Kalau Wilfred Bamburing pun akan dapat koata kerusi macam yang Lajim Ukin dapat, berapa kerusi yang tinggal untuk parti PAS PKR dan DAP di Sabah?
Aku harap takdak bakal calon yang disebut-sebut akan bertanding sebelum ni dari kalangan Pakatan Rakyat akan sabotaj bila depa tak dipilih jadi calon..
Ataupun, tak mustahil episod Lajim Ukin dan Wilfred Bamburing di Sabah ni adalah sebahagian dari 'Grand Design' oleh Umno BN untuk pastikan Sabah tetap jadi 'fix-deposit' untuk BN mengekalkan kuasa di Putrajaya selepas PRU13 nanti.
Apa pun, macam aku tilis sebelum ni,
"dalam politik ni kadang-kadang kita tak payah nak fikir panjang-panjang, tak payah sangat fikir berlapis-lapis. Macam kes di Sabah sekarang ni, tak payah sangat fikir kalau nanti macam tu macamana dan kalai nanti macam ni macamana pulak - Ibid.Apa pun belasah ja dulu, selagi depa berdua bersama pengikut depa ni bersetuju nak lawan Umno BN, kita patut mempergunakan depa-depa ni semaksima mungkin, apa jadi ke depan ni, nanti kita fikirkan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis