Kebangangan Rais Yatim tutup usaha keras Najib | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 29, 2012

Kebangangan Rais Yatim tutup usaha keras Najib

Mungkin betul macam andaian ramai pemerhati politik yang kata Umnoo BN bakal dikuburkan selepas PRU13. Memang nampak jelas Umno BN macam banyak buang tebiat sejak akhir-akhir ni.

Satu persatu 'kejadian yang tak diingini' yang berlaku. Walaupun Najib Razak nampak berusaha bersungguh-sungguhh nak dapatkan balik kepercayaan rakyat untuk PRU13, malangnya usaha Najib tu tertutup dengan banyak kejadian yang tak diduga.
Yang terbaru usaha Najib nak beli kakitangan kerajaan melalui bonus sebulan gaji atau minima RM500 termasuik kepada pesara kerajaan, tapi malangnya cerita pasai bonus tu tenggelam dengan episod bangang berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.

Mula-mula kecoh pasai tema hari kebangsaan yang terlalu berunsur politik, kemudian diikuti dengan logo sambutan yang takdak rupa macam logo dan ditambah pulak dengan lagu rasmi sambutan yang katanya diciplak yang mai sekali dengan lirik yang cukup 'murah'.

Hari ni lagi satu episod yang memalukan bila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terpaksa 'tarik balik' logo Hari kebangsaan yang paling bangang dalam sejarah tu.

Konon nak berlakon cover line, tapi dikantoi oleh apa yang dia sendiri cakap 2 hari lepas. Imej bawah ni sebagai bukti jelas.

[Sumber: Bharian & Bharian]
Kesian aku tengok Najib, keluar belanja berjuta bagi bonus tapi cerita jadi langsung tak panas akibat kebangangan Rais Yatim.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...