Kaedah 'kambing hitam' memang satu kaedah yang mudah untuk diguna terutama sekali oleh kerajaan yang korup macam yang dikuasai Umno BN.
Memang ramai yang sanggup beraksi macam 'si anjing Umno' untuk mengkambinghitamkan kakitangan kerajaan konon depa yang bersalah pasai langgar SOP. Kalau rasuah dan salahguna kuasa dah berakar memang ramai yang berani kalaupun tidak dipaksa buat macam tu.
Contoh yang paling jelas dalam kes penbunuhan Altantuya. Dua orang anggota polis dikambing hitamkan sedangkan Razak Baginda terlepas bebas. Untuk nak bagi tindakan tu legal mahkamah pun jadi macam kartun bila terima 'motif tak penting' untuk kes tu.
Padahal nampak jelas sangat kaitan dua anggota polis tu dengan Razak Baginda dan kaitan Razak Baginda dengan Altantuya. Kalau motif tak penting pasai apa pulak dua orang anggota polis tu sanggup sampai letupkan Altantuya. Lain la kalau depa dua orang tu otak dah mereng atau memang hobi depa letupkan badan orang.
Sama jugak dengan isu salahlaku anggota polis yang mengganas masa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas. Kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) gunakan prosedur operasi standard (SOP) yang betul untuk kawal keadaan semasa kekecohan perhimpunan Bersih 3.0 tu.
Setakat ni cuma dua orang konstable didakwa pasai melakukan kekerasan masa Himpunan Bersih 3.0 tu. Depa dua orang ni di'kambinghitam'kan atas alasan langgar SOP.
Takkan la anggota polis yang mengganas tu berani nak mengganas, pukul, sepak dan terajang secara berkumpulan sorang peserta demonstrasi yang depa tangkap, dikhalayak ramai pulak tu. Kalau takdak arahan tak mungkin depa berani. Bukan sorang dua yang kena belasah macam tu tapi ramai.
Ada yang kata polis mula mengganas bila tersebar berita ada anggota polis yang mati kena belasah dengan peserta demonstrasi. Kalau itu realitinya memang tak heran kalau ada polis yang tak tahan dan mula mengganas.
Tapi yang mushkilnya, ada polis yang mengganas sampai lepas maghrib. Takkan la macam tu punya lama PDRM tak boleh nak kawal anggota yang langgar SOP. Dengan kaedah komunikasi PDRM yang canggih tak logik benda macam tu boleh berlaku kecuali memang ada arahan dari pegawai atasan untuk buat macam tu.
Lagi satu, aku yakin ramai yang nak tau macamana sebenarnya SOP yang betul tu. kalau diterangkan secara terpeinci macamana SOP yang betul tu, baru mudah rakyat nak nilai betul ka dak PDRM bertindak ikut SOP.
Dan yang lebih penting, kalau rakyat faham SOP polis, aku yakin anggota polis takkan berani nak buat tindakan yang tak ikut SOP.
Bukan setakat SOP untuk anggota bawahan tapi juga SOP untuk pegawai polis yang mengetuai operasi macam tu.
Alangkah cantiknya kalau Hishamuddin cerita secara terpeinci macamana yang dikatakan SOP yang betul tu.
mStar melaporkan:
[Sumber: mStar] |
- 967 gas pemedih mata dilepaskan pada Bersih 3.0 - Harakahdaily
- Bersih 3.0: Menteri Hishammuddin berbohong atau Ketua Polis Negara? - WarkahDaily Online
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis