Kempen-kempen plihanraya yang dibuat sekarang masih tidak berubah sejak lebih 20 tahun lalu. Kalau masuk bilik gerakan pilihanraya, kita boleh lihat carta organisasi pilihanraya yang masih sama strukturnya macam dulu…macam piramid.
Perkara-perkara yang diutamakan semasa kempen pilihanraya pun masih macam dulu. Poster, banner, bendera, ceramah, risalah.
Kempen pilihanraya masih sama macam dulu sebab mereka yang memegang jawatan dalam jawatankuasa pilihanraya masih lagi orang lama. Pengarah Pilihanraya masih lagi orang yang sama. Ketua Penerangan masih lagi orang yang sama. Itu pasai cara pun masih sama.
Secara keseluruhannya, konsep kempen masih sama iaitu menjejak pengundi. Kita sediakan risalah..kemudian kita suruh petugas edarkan. Kita sediakan senarai pengundi, kemudian suruh perayu undi pergi rumah kerumah. Kita atur program ceramah supaya boleh cover keseluruhan kawasan mengundi. Dengan lain perkataan, kita memerlukan masa untuk mencari pengundi.
Macam mana kalau kita tukar konsep kempen jadi terbalik. Kita jangan cari pengundi, tapi kita buat supaya pengundi mencari kita?
Susah ka? Tak susah. Malah ada orang dah buat pun.
Cuba tengok poll disebelah kanan hari ini.
Toksah peduli la dengan Mat Saman Kati tu. Tapi cuba buat perbandingan diantara Nizar Jamaludin dengan Mat Nur Manuty. Mengapa perbezaannya terlalu jauh. Kalau la Nizar bertanding dengan Manuty, pejam mata pun Nizar dah menang.
Aku buat benda ni sebab ramai orang PKR yang tak setuju Nizar jadi MB. Depa kata PKR pun ada orang yang boleh jadi MB. Malah Mat Nur Manuty lebih layak dari Nizar. Itu hangpa yang cakap..tapi orang kat luar ni setuju ka?
Apa perbezaan diantara Nizar dengan Manuty? Mengapa Nizar terlalu popular? Perbezaannya ialah accessibility.
Nizar boleh diakses bila-bila masa. Dia tak ikut punggong orang..tapi beribu yang mengikut dia sepanjang masa. Berlainan dengan Mat Nur Manuty..tak boleh diakses dan tak boleh nak berkomunikasi.
Cuba bandingkan diantara Facebook Nizar disini dengan Facebook Mat Nur Manuty disini. Twitter Manuty aku tak jumpa. Tapi cuba tengok twitter Nizar.
Cukup yang tu dulu. Kalau nak ambik FB/Page, dan macam-macam lagi situs-situs sokongan, Nizar jauh kedepan.
Setiap ayat yang dihantar oleh Nizar melalui Twitter akan diikuti oleh lebih 50,000 orang. Nizar tak ikut orang…tapi berpuluh ribu orang mengikutnya, mengekorinya, memerhatinya dan berkomunikasi dengannya sepanjang masa.
Kalaulah jawatan Menteri Besar Perak itu dipertandingkan macam jawatan Presiden Amerika, Nizar tak payah turun berkempen. Dia duduk kat rumah main playstation pun boleh menang. Orang tak peduli sama ada dia Pesuruhjaya Pas ka, Bekas MB ka..orang pilih dia sebab dia boleh diakses sepanjang masa.
Perbandingan diatas bukan setakat Nizar dengan Manuty saja. Ini termasuklah dikalangan Pas sendiri. Kalau lah undian siapa yang patut jadi Menteri Besar tu aku buat diantara Nizar dengan Ustaz Bakar pun.. gerenti Ustaz Bakar akan menerima nasib macam Manuty.
[Baca sepenuhnya di MediaPerak.com]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis