Kenapa pulak Ketua Pemuda MCA belasah Pengerusi SPR? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 23, 2012

Kenapa pulak Ketua Pemuda MCA belasah Pengerusi SPR?

Semalam MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jun — Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

“Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.

“Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing,” katanya. - TMI.  
Setakat ni nampak macam Pakatan Rakyat belum lagi mempolitikkan syarat tu tapi komponen BN pulak yang lebih awal mempolitikkan syarat tu.

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Tak sangka pulak Ketua pemuda MCA akan keluarkan kenyataan macam tu. Aku tak nampak apa perlu Ketua Pemuda MCA keluarkan kenyataan macam tu,  kecuali la kalau MCA memang ada hasrat nak buat manifesto sendiri yang berbeza atau berlawanan dengan manifesto BN.

Kalau dibuat rakaman takkan berani depa nak bentangkan manifesto yang berlawanan dengan BN. Kalau dibuat jugak tentu punya Umno BN akan sekat, tak bagi disiarkan.

Dari sudut lain, SPR bagi alasan kenakan syarat macam tu seolah-olah Pakatan Rakyat ni BANGANG, Pada aku cukup sekadar bagi garis panduan contohnya tak boleh sentuh peribadi seseorang, atau sentuh sensitiviti kaum serta agama.

Kalau pembentang manifesto tu langgar garis panduan tu, kan ka satu tindakan yang akan menguntungkan umno BN, hari-hari boleh spin benda tu dalam media.

Apa pun, ucapan tahniah terima kasih kepada Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA pasai berani keluarkan kenyataan yang menentang arus dan bagi Najib bertambah pening.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...