Mampukah Hj Nizar pertahankan Dun Pasir Panjang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 11, 2012

Mampukah Hj Nizar pertahankan Dun Pasir Panjang

Aku yakin ramai yang susah hati bila Hj Nizar umumkan yang dia akan kekal bertanding di Dun Pasir Panjang. Ramai yang berharap Hj Nizar bertanding di kerusi lain yang lebih selamat. Pasainya aku yakin selama ni ramai yang ada persepsi yang sama macam aku.

Tah kat mana aku baca sebelum ni yang kata ada pertambahan pengundi POS di Dun Pasir Panjang lebih 3,000 undi. Jenuh jugak la aku google tapi tak jumpa pulak. Kalau betul ada pertambahan pengundi Pos sampai macam tu sekali, memang menempah maut la kalau Hj Nizar bertanding lagi di situ.

Rupa-rupanya maklumat tu tak betul. Bila aku semak rupanya pengundi Pos yang ada di Dun Pasir Panjang cuma 5ratus lebih saja, bertambah dalam 2ratus lebih berbanding masa PRU12 lepas.
Pun bagitu aku cukup yakin, Umno BN dah buat macam-macam untuk pastikan Hj Nizar tak boleh menang di Dun Pasir Panjang.

Masa PRU12, Hj Nizar menang dengan majoriti 4,474 undi, jumlah majoriti yang agak besar untuk kerusi Dun di Perak. Undi yang Hj Nizar dapat adalah 60% dari yang jumlah keluar mengundi.
N51 PASIR PANJANGJumlah Pengundi: 26, 557
Peratusan Kaum: M: 65.61% C: 14.69% I: 19.58% L: 0.12%
1. Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas) (11,994)
2. Dr. S. Vasan (BN) (7,520)
Majoriti: 4,474Jumlah undi: 19,923
Peratus mengundi: 75.02%
Undi rosak: 409
Penyandang: M. Ramachandran (BN)
(Majoriti: 1,644 undi)
Kat bawah ni perbezaan jumlah pengundi DPI2011s4 berbanding DPI2009

51 - PASIR PANJANG DPI2011s4DPI2009Beza
Undi Awam32,88427,8485,036
Undi POS557352205
Jumlah33,44128,2005,241 

Kalau tengok ke pertembahan jumlah pengundi tu dah jauh lebih banyak dari majoriti Hj Nizar menang. Cuma yang tak pastinya berapa ramai pengundi baru yang PAS dan Pakatan Rakyat daftarkan dan banyak mana pulak yang Umno BN daftarkan.

Tapi bila tengok ke jumlah pertambahan pengundi tu aku yakin memang Umno BN ada buat kerja lebih untuk tambahkan pengundi depa kat situ, pasainya kalau dibandingkan dengan Dun lain jumlah tu cukup tinggi.

Pertambahan pengundi di Dun Pasir Panjang yang sebanyak 5ribu lebih tu adalah hampir 19% berbanding purata pertambahan pengundi untuk negeri Perak yang cuma 11%

Satu lagi faktor yang akan bagi kesan kepada undi Dun Pasir Panjang adalah undi dari kaum India. Pengundi India yang hampr 20% peratus tu akan bagi kesan yang cukup besar dan yang pastinya Hj Nizar takkan dapat undi dari kaum India macam yang dia dapat masa PRU12 dulu, cumanya banyak mana yang akan patah balik kepada BN sapa pun taktau.

Untuk PRU13 nanti, ada kemungkinan jugak MIC akan serahkan kerusi Dun Pasir Panjang untuk calon dari Umno bertanding. Kalau betul macam tu, mungkin tak banyak undi dari kaum India akan patah balik kepada BN.

Tapinya, kalau betul calon melayu dari Umno akan mewakili BN, tentu punya akan banyak mempengaruhi undi orang melayu pulak. Tentu punya ramai dari yang undi Hj Nizar masa PRU12 pasai takmau undi calon India akan patah balik undi calon BN.

Apa pun, undi yang akan Hj Nizar dapat untuk PRU13 nanti sebenarnya bergantung kepada setakat mana tahap persepsi pengundi Dun Pasir Panjang ke atas Hj Nizar.

Masa PRU12, Hj Nizar cuma sekadar salah seorang pemimpin PAS Negeri yang cuma ada title Ir dipangkal nama dia tapi untuk PRU13 Hj Nizar adalah seorang bekas Menteri Besar Perak tetapi terpalit dengan isu derhaka dan juga kuda tunggangan DAP.

Persoalannya, mampukan Hj Nizar mempertahankan kerusi Dun Pasir Panjang masa PRU13 nanti.

Sinarharian melaporkan:
[Sumber: Sinar]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...