Najib dan Rosmah tentu senang hati sikit baca hasil kajian ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 20, 2012

Najib dan Rosmah tentu senang hati sikit baca hasil kajian ni

SinarHarian melaporkan:
Barisan Nasional (BN) mungkin mengekalkan 137 kerusi Parlimen yang dikuasainya sekarang dengan margin lima peratus lebih atau kurang, tetapi tidak cukup mencapai majoriti dua pertiga, menurut kajian dan analisis terperinci Centre of Strategic Engagement (CENSE).

Kajian terbaru itu menunjukkan masih ramai yang bergantung kepada kekuatan dan organisasi jentera pilihan raya BN.

"Berdasarkan sentimen semasa, ramalan CENSE ialah BN mungkin akan kehilangan 10 kerusi di kawasan pilihan raya yang didominasi kaum Cina di Johor, Sabah dan Sarawak. - SinarHarian.   
Kira ok la, walaupun tak dapat 2/3 tapi Najib masih boleh jadi Perdana Menteri dan Rosmah pulak tentunya boleh terus berbelanja sakan, pagi di Paris petang di Dubai dan malam mungkin di Goldcoast.

Takdak masalah apa pun kalau tak dapat 2/3, bukan nak pinda perlembagaan pun. Paling teruk pun payah nak buat persempadanan semula sempadan pilihanraya. Tu pun tak berapa nak penting, yang pentingnya Putrajaya tetap kekal di tangan Najib dan Rosmah.

Muhyiddin Yasin pun tak boleh nak buat apa-apa. Takkan kut nak buat macam yang dibuat kat PakLah sebelum ni. Keadaan sangat berbeza pasai PakLah dari menang besar sebelum tu kepada terlepas lagi 4 negeri. Najib pulak mungkin cuma kalah lagi beberapa kerusi, tu pun sebab pengundi cina.

Sebelum ni kajian oleh UMCEDEL pun mengunjurkan Najib menang jugak, jadinya betul la kut. Takkan ada 2 kajian ilmiah pun tak boleh nak pakai jugak.

Jadinya, aku pun heran pasai apa la Najib masih takut nak bubarkan parlimen. Takkan kut dia harap nak boleh dapat balik 2/3 majoriti di parlimen kut.

Tambah-tambah dengan sokongan orang cina sampai ada yang kata mungkin meningkat sehingga ke lebih 90% kepada Pakatan Rakyat, memang payah la kalau Najib nak dapat balik 2/3 tu.

Dengan orang melayu boleh la janji pembangunan dua tiga juta pun depa dah goyang, boleh pulak bagi sorang pengundi RM1,000 tentu cair punya.

Dengan orang cina lain, bagi la Carlsberg berlori-lori pun, bawak balik sorang sepeti pun belum tentu depa akan undi calon MCA.

Cumanya, mungkin Najib pun sedar, masa PRU12 dulu, sapa pun tak sangka jadi tsunami sampai macam tu sekali. Sama jugak dengan PRU13 ni, rasa macam boleh menang lagi tapi bila tengok balik dari sudut lain rasa macam nak kalah pulak. Memang dalam dilema.

Kalau betul menang takpa tapi kalau kalah mana mau lari?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...