Kalau benda macam ni pun kita tak buat jangan merungut kalau kalah PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 20, 2012

Kalau benda macam ni pun kita tak buat jangan merungut kalau kalah PRU13

SinarHarian melaporkan:
PUTRAJAYA - Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mendaftar sebelum 30 Jun ini, andai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan selepas Ogos.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

"Bulan ini adalah bulan terakhir suku tahun 2/2012 dan selepas itu nama-nama tersebut akan dipamerkan pada bulan berikutnya iaitu Julai selama dua minggu.

Jika tiada sebarang bantahan, senarai daftar pemilih berkenaan boleh diwartakan," katanya kepada Bernama di sini. - Sinarharian.  
Aku sebenarnya dah tulis pasai ni sebelum ni dalam posting "Peluang akhir untuk daftar sebagai pengundi PRU13?".

Aku yakin semua yang baca blog aku ni yang dah cukup umur layak mengundi dah pun mendaftar sebagai pengundi. Kalau ada lagi yang baca blog aku ni tapi belum mendaftar aku pun tak reti nak kategorikan sebagai apa. Tahap BANGANG pun tak layak dah rasanya.

Apa yang aku nak tekankan sekali lagi kat sini keperluan kita pastikan semua orang disekeliling kita dah pun mendaftar sebagai pengundi. Yang pertama sekali anak bini hangpa. Dengan depa ni tak cukup kalau takat tanya dah daftar ka belum tapi kita sendiri kena pastikan yang depa dah mendaftar. Takkan no MyKad depa pun hangpa takdak.

Kot-kot ada lagi yang taktau macamana dan kat mana nak semak boleh klik link SPR ni. Cuma perlu masukkan no myKad kat situ. Ataupun boleh guna SMS
SPR [jarak] SEMAK [jarak] NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888
Kalau nama depa takdak tak payah cerita panjang, tak payah nak marah orang lain konon dah suruh depa mendaftar, dah bagi nama kat PPS parti hatta kalau depa kata depa dah mendaftar di pejabat Pos sekali pun. Marah tara mana pun nama depa takkan masuk dalam daftar pengundi kecuali nama depa didaftarkan, isi borang A SPR.

Dengan tempoh cuma 10 hari saja lagi rasanya dah tak boleh setakat suruh atau paksa depa pi mendaftar sebaliknya kita sendiri kena bawak depa pi pejabat pos dan daftarkan depa.

Macam tu jugak dengan kawan baik hangpa, bukan setakat kawan hangpa tu tapi jugak ahli keluarga depa. macam tu jugak dengan rakan sekerja, jiran tetangga dan yang sewaktu dengannya.

Sebaiknya mintak no MyKad depa dan hangpa tolong semak.

Jangan sampai bila keputusan PRU13 diumumkan calon Umno BN MENANG SATU UNDI. Masa tu mennagis kelua air mata darah sekali pun dah tak guna. Cepat-cepat la pindah, takut nanti ada yang mengamuk cari hangpa.

Akhir sekali suka aku nak ulang ayat yang aku selalu guna

"Kalau daftar sekarang mungkin sempat tapi kalau tak daftar dah tentu tak sempat, tak kira la PRU13 dibuat bila pun."


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...