Salahuddin Ayub belasah Nizar Jamaluddin isu kajian UNCEDEL? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 12, 2012

Salahuddin Ayub belasah Nizar Jamaluddin isu kajian UNCEDEL?

Nampak gayanya ramai jugak yang tak berapa nak puas hati dengan komen Ir. Hj Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang digulingkan oleh Najib, berkenaan hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Uiversiti Malaya (UMCEDEL).

MSO kata ungkapan "UM tidak berpijak di bumi" menggambarkan Hj Nizar sebagai seorang yang ego dan tak boleh menerima hakikat kekalahan.

Amin Iskandar pulak kata Hj Nizar sepatutnya berjiwa besar dan "perlu berguru "ilmu ketenangan" supaya beliau tidak emosi apabila mendengar atau menerima satu keputusan yang tidak memihak kepadanya."
Lebih hebat lagi bila Salahuddin Ayub walaupun secara agak berlapik turut sama membelasah Hj Nizar macam yang dilaporkan Harakahdaily.

[Sumber: Hrkh]
Aku secara peribadi pun bersetuju dengan MSO dan Amin Iskandar. Hj Nizar sepatutnya cuba elak dari ujudkan persepsi negatif macam tu.

Cumanya pada aku ada baiknya kalau ada yang pi tanya sendiri kat Hj Nizar pasai apa dia keluarkan kenyataan macam tu. Aku yakin hj Nizar ada hujjah dia sendiri pasai apa dia 'belasah' kajian UMCEDEL tu cara macam tu.

Mungkin kut Hj Nizar cuba nak pertahankan persepsi yang Pakatan Rakyat sebenarnya lebih terkedepan berbanding Umno BN di Perak dan Pakatan Rakyat memang mampu rampas balik Perak dari Umno BN.

Mungkin dia ada dapat hasil kajian ilmiah pihak lain yang cukup berbeza dengan hasil kajian yang UMCEDEL buat tu.

Apa pun, kalau tanya aku, jawapan aku mudah ja. Walau secerdik mana pun seseorang tu, walau sehebat mana pun seseorang tu, akan ada jugak 'hari bangang' dia paling kurang pun sekali-sekala. Pada aku mungkin kemarin dulu adalah hari bangang Hj Nizar, mungkin hari bangang pertama Hj Nizar untuk tahun ni.

Sama jugak macam ahli politik umno BN contohnya Najib Razak, bila dia meng'haram jadah'kan peneroka Felda hari Rabu lepas, adalah hari bangang Najib Razak.

Cumanya bezannya, hari bangang Najib Razak ni lebih banyak dari hari yang dia tak bangang... Hahaha...

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...