Walaupun isu tu panas tapi masih ada jugak yang sanggup bida plat PRK1 tu dengan harga RM99,555 atau lebih mudah kita kata hampir RM100k ataupun hampir 20% dari hagra plat WWW1.
Nasib baik la takdak ahli politik PKR yang cukup bangang menang bida nombor tu, kalau tidak memang masak la kena latu.
mStar melaporkan:
BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan Pulau Pinang telah memenangi bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan "PKR 1" dengan tawaran bidaan berjumlah RM99,555.Kalau isu WWW1 tak panas, agak-agak hangpa ada kemungkinan dak plat PKR1 tu dapat kat Anwar Ibrahim atau pun kalau bukan Anwar mungkin dapat kat Azmin.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Datuk Hassan Yaacob berkata pemuda dalam usia lingkungan 40-an itu adalah antara lima orang pembida lain dengan mengemukakan bidaan paling rendah iaitu RM40,000.
"Kami menerima 623 tawaran bidaan untuk siri pendaftaran PKR, yang mana 384 pemohon telah berjaya. Saya tidak pasti jika terdapat orang yang dikenali atau pemimpin PKR yang mengemukakan bidaan ini," katanya dalam temu bual di sini, Rabu.
Bulan lepas, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I dan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman berkata beberapa pemimpin parti telah menyatakan minat untuk membida bagi siri PKR.
Mansor berkata beliau telah mengemukakan tawaran untuk nombor yang sedap didengar bagi dirinya sendiri. - mStar.
Anwar Ibrahim aku rasa tak sebangang tu tapi kalau Azmin aku tak pasti pulak pasainya pada pandangan aku Azmin sikit sebanyak ada jugak ciri-ciri jenis bangang macam tu. Kalau tak takkan dia pernah pakai plat BBM3.
Kalau pun mungkin bukan Anwar, Azmin atau lain-lain pemimpin PKR, akan ada ramai 'cukong' yang sanggup bida nombor tu dengan harga yang lebih tinggi. Bukan depa nak pakai nombor tu sangat pun tapi mungkin lebih sebagai modai untuk bisnes.
Dengan peluang Pakatan Rakyat rampas Putrajaya semakin terbuka untuk PRU13 nanti, plat 'panas' macam PKR1 tu cukup bernilai. Kalau Pakatan Rakyat berjaya bentuk kerajaan nanti no plat macam tu boleh dijadikan 'salam pengenalan' yang cukup mahal untuk ada kabel kuat dengan menteri dari kalangan pemimpin PKR.
Nasib baik la plat WWW keluar dulu dari plat PKR kalau tak memang kebarangkalian untuk plat PKR jadi isu pilihanraya sangat-sangat tinggi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis