"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?"
"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titahnya. - Mkini.
Aku malas nak komen panjang-panjang pasai 'kudis vs tokak' tu, tambah-tambah pulak bila teringat yang aku tak tau perkara sebenar tara mana kayanya 'Bayangan Allah di bumi' Johor ni dan aku langsung takdak maklumat dari mana sumber hasil kekayaan tu.
Cumanya aku jadi lebih tertanya-tanya bila teringat entry Uncle Seekers dalam blog dia ceritera pasai 5 bijik pesawat. Memang tak terbanding la posting Uncle Seekers ni dengan tweet Hj Nizar yang cuma sama taraf dengan kartun Kosmo ja.
Bukan setakat ceritera pasai pesawat tu ja tapi setakat ni ada 29 siri posting yang berkaitan yang Uncle Seekers tulis. Aku malas nak kopipes, hangpa baca sendiri kat blog Uncle seekers.
Berkaitan
- Nizar Mohon Mengadap: Sultan Johor Serahkan Kepada Jemaah Majlis Diraja Johor Untuk Putuskan - mStar
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis