Perlukah Hj Nizar Jamaluddin minta maaf? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 30, 2012

Perlukah Hj Nizar Jamaluddin minta maaf?

MatSamanKati tulis dalam MediaPerak.com:
Semuanya bermula apabila Sultan Johor berjaya membida nombor plat WWW1. Kalau Vincent Tan, Mukhtar Al Bukhary atau Rober Kuok yang membelanjakan duit sebanyak itu, mungkin ia tak menjadi soal. Tapi bila seorang Ketua umat Islam bagi sebuah negeri membelanjakan duit sebanyak itu hanya untuk mendapatkan nombor plat, it’s simply outrageous.

Dalam tweetnya, Nizar berkata..”RM520k boleh dibelanjakan untuk membantu rakyat melayu johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan utk keperluan hidup bina 20 rumah pprt.”

Dalam tweet keduanya, Nizar berkata” rm520k untuk no plate www1. takkan nak letak kat kereta proton atau atau motor kut? ramai lagi rakyat yang jelas kais pagi makan pagi kais petang makan petang.”

Apa yang salah dengan tweet Nizar ini? - MediaPerak.com.   
Sebagai bukti, MediaPerak paparkan beberapa keping gambar keadaan kemiskinan di Johor yang diambil pada 18 Mac lepas.



[ Lagi beberapa gambar ada di MediaPerak.com ]

Harakahdaily pula melaporkan 'pencerahan' mengenai isu ni oleh Hj Nizar sendiri:
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, teguran dalam hal yang sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Tambahnya, beliau kesal dengan tuduhan yang diberikan kepadanya bawaha beliau menghina Sultan Johor.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Jika ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf, “ jelasnya. - Hrkh.
Pada aku takdak apa salahnya tweet Hj Nizar tu, malah aku sangat-sangat sokong. Takdak apa yang sampai perlu dia minta maaf. Kalau aku jadi Hj Nizar tobat lahom aku nak minta maaf?

Yang aku mushkilnya tweet macam tu pun sampai polis nak siasat dibawah akta hasutan. Takkan nak tegur Sultan tara tu tak boleh, tara Nabi yang maksum tu pun ada Sahabat yang tegur.

Bawah ni pulak status Facebook BANGANG dari orang Johor yang mengaku Harimau.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...