Depa kata PAS Kelantan dan buat keputusan semua wakil rakyat Kelantan yang bukan asal orang Kelantan semua 'dihalau', dah tak boleh bertanding di Kelantan PRU13 nanti. Depa siap namakan selain Salahuddin, juga Dr. Hatta Ramli.
Yang lawaknya dengan Saifuddin Nasution pun depa kata PAS Kelantan halau. Power betul betui PAS Kelantan sampai wakil rakyat dari PKR pun PAS Kelantan boleh halau padahal selama ni depa dok jaja PAS cuma balachi DAP dan PKR.
Yang aku sikit mushkil depa tak pulak sebut nama Ust Nasharuddin Mat Isa, padahal Ust Nasha pun bukan orang Kelantan dan pada PRU13 nanti hampir pasti Ust Nasha tak mempertahankan kerusi Bachok. Maklumat dalaman yang aku dapat, nama Ust Nasha memang takdak langsung dicalonkan di mana-mana kerusi di Kelantan.
Walaupun memang ada timbul cakap-cakap pasai cadangan takmau orang luar bertanding lagi di Kelantan, realitinya macam yang aku pernah tulis sebelum ni, TG Nik Aziz sendiri pun dah keluarkan kenyataan pasai kes Salahuddin ni.
“Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya,” katanya kepada pemberita di Kota Baru. - Ibid.Lagi satu bukti yang kata larangan tu tak lebih sekadar cakap-cakap saja, Dr. Hatta Ramli setakat hari ni nama dia masih kekal di parlimen Kuala Krai.
Kalau betul memang ada larangan orang luar tak boleh lagi bertanding di Kelantan dah tentu nama Dr. Hatta pun dibuang dari Kuala Krai. Dan kalau la Dr. Hatta akan bertanding di kerusi lain dah tentu Dr. Hatta dah kerap turun ke parlimen berkenaan, tentu boleh nampak punya.
Realitinya sampai hari ni aku tak pernah langsung dengar nama Dr. Hatta dikaitkan dengan mana-mana kerusi selain Kuala Krai, termasuk di Perak negeri kelahiran dia.
Takkan Bendahari Agung PAS tak bertanding kut.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis