Isu PTPTN : Khairy yang paling untung? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 08, 2012

Isu PTPTN : Khairy yang paling untung?

Baru sehari PTPTN buat keputusan untuk sekat pelajar UNISEL dari pinjaman PTPTN, keputusan tu terpaksa ditarik balik. Nampak sangat Khalid Nordin silap perhitungan.

Yang turut jadi mangsa silap perhitungan tu termasuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin yang sebelum ni kata sekatan tu sebagai "ujian kepada kemampuan Selangor" untuk bagi pendidikan percuma. Khalid Nordin senada dengan Muhyiddin.

Noh Omar pulak pi lagi jauh setapak dengan gesa PKR mengaku tak mampu bagi pendidikan percuma kalau nak sekatan tu ditarik balik.  
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dah pun sahut cabaran tu dengan satu kaedah penyelesaian segera jangka pendek.
"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset Unisel.

Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. - Mkini.
[Sumber: BudakBalun]
Mungkin selepas depa buat pengiraan semula, depa nampak isu sekat PTPTN ni akan merugikan Umno BN, akan bagi kesan yang cukup besar masa PRU13, hari ni sekatan tu ditarik balik.

Bharian melaporkan pengerusi PTPTN, Ismail Mohamed Said berkata:
"keputusan itu dibuat selepas mendapat respons daripada pelbagai pihak terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu sekatan itu ditarik balik.
"Mereka berkata sekiranya PTPTN meneruskan pembekuan terbabit anak-anak mereka terpaksa berhenti belajar sebab tidak mampu menaggung kos pembelajaran di situ," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. - Bharian.
Bharian juga dilaporkan:
Ismail berkata, langkah menarik balik sekatan itu juga dibuat berikutan kerajaan negeri Selangor yang merupakan pemilik Unisel dilihat tidak mampu menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.

"Kita yakin Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak boleh memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar walaupun mereka sering menguar-uarkan yang mereka boleh melakukannya.
"Tapi kita lihat sebaliknya dan dalam hal ini yang jadi mangsa adalah para pelajar. Kita juga mendapat banyak respons terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu ia ditarik balik". - Ibid.
mStar pulak melaporkan:
Keputusan menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN untuk pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dibuat setelah pihak Kementerian Pengajian Tinggi menimbang rayuan oleh universiti-universiti berkenaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata;

"PTPTN sekadar ingin menguji sama ada negeri ini serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

"Sekarang mereka telah mengakui kepentingan PTPTN, jelas sekali mereka tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma," kata Khaled pada Jumaat. - mStar.
Apa pun, dalam isu PTPTN ni nampaknya yang paling untung sekali dari segi politik mungkin Khairy Jamaluddin.

Sebelum ni Khairy sanggup berdebat dengan Rafizi isu PTPTN ni. Walaupun ramai yang kata Khairy kalah tapi dari segi persepsinya Khairy sebenarnya langsung tak kalah. Yang buat dia tak menang cuma pasai dia berada dipihap defensif, terpaksa mempertahankan macam-macam masalah yang kerajaan dah buat selama ni dari segi pembiayaan pendidikan.

Bila PTPTN disahkan disekat untuk pelajar baru Unisel dan Kuis, Khairy lantang menentang dan gesa sekatan tu ditarik balik.

Dipihak penyokong kerajaan, tindakan Khairy tu dilihat tepat bila selepas sehari sekatan tu ditarik balik. Tentu Khairy boleh senyum gembira, strategi politik dia kali ni mengena.

Apa pun, episod PTPTN ni membuktikan yang Umno BN memang benar-benar gelabah untuk hadapi PRU13. Tarian politik depa dah semakin sumbang, apa dibuat rasa serba tak kena.

Mungkin kut semua tu petanda yang Umno BN akan tumbang pada PRU13 nanti.

Berkaitan:


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...