Mansuh pamer bantah masa Penamaan Calon elak calon BN disabotaj? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 09, 2012

Mansuh pamer bantah masa Penamaan Calon elak calon BN disabotaj?

Sebelum ni aku ada ulas pasai tindakan SPR mansuhkan prosedur pamer dan bantah masa proses Penamaan Calon untuk pilihanraya.

Dalam artikel tu aku ulas keburukannya kepada pihak Pakatan Rakyat yang mungkin disalahguna oleh Pegawai pengurus Pilihanraya yang ada kuasa mutlak untuk terima atau tolak kertas pencalonan.

Artikel dari Harakahdaily macam yang aku salin tampal kat bawah ni ulas dari sudut lain pulak, sudut nak halang calon Umno BN dari disabotaj.

Harakahdaily melaporkan:  
[Sumber: Hrkh]
Itu dari sudut sabotaj dari dalaman Umno BN sendiri. Memang tak mustahil, dalam ramai-ramai yang tak puas hati dengan pemilihan calon BN ada yang kepala dia cukup keras yang berani buat tindakan macam tu.

Terutama sekali kalau melibatkan hal-hal yang perlu kepada siasatan lengkap macam status kebangkrapan atau hukuman mahkamah. Benda-benda macam tu 'musuh damalam' yang lebih banyak maklumat.

Biasanya kalau ada bukti macam tu, depa akan bagi bukti tu kepada pihak pembangkang dan suruh wakil dari calon parti pembangkang yang buat bantahan.

Bila proses semak dan bantah dimansuhkan, tertutup la kemungkinan disabotaj dari sudut tu. Takkan la tiba-tiba pulak Pegawai Pengurus Pilihanraya nak tolak pencalonan dari Umno BN atas alasan calon tu bangkrap atau ada hukuman mahkamah siap dengan bukti lengkap, nampak sangat laa...Hahaha...




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...