Peluang akhir untuk daftar sebagai pengundi PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 08, 2012

Peluang akhir untuk daftar sebagai pengundi PRU13?

Bagi yang belum daftar lagi sebagai pengundi, ini adalah peluang terakhir untuk layak mengundi pada PRU13. Tu pun kalau pilihanraya diadakan pada bulan Septembar ke atas. Kalau diadakan sebelum tu, mungkin tak sempat.

Tak kira la sapa pun, dah tak kira atas sebab apa pun tak mendaftar lagi walaupun dah berumur lebih 21 tahun dan layak daftar sebagai pengundi.

Macam ayat yang aku selalu guna:
"Kalau daftar sekarang mungkin sempat tapi kalau tak daftar dah tentu tak sempat, tak kira la PRU13 dibuat bila pun."
mStar melaporkan:  
[Sumber: mStar]
Yang layak mendaftar sebagai pengundi jika berumur lebih 21 tahun pada hujung bulan Jun ni, maksudnya lahir pada atau sebelum 30 Jun 1991.

Pendaftaran pulak perlu di buat sebelum atau pada 30 Jun 1991. Itu kalau syarat rasmi SPR.

Tapi aku nasihatkan paling lambat pun daftar pada 25 Jun kalau nak buat pendaftaran di mana-nama cawangan pejabat POS berkomputer, tak kira di mana pun alamat dalam MyKad dan akan didaftarkan untuk mengundi mengikut alamat dalam MyKad.

Kalau nak daftar melalui Penolong Pendaftar wakil parti-parti seeloknya daftar sebelum 20 Jun, Dan kalau nak daftar melalui wakil parti nak kena sertakan sekali salinan MyKad.

Apa pun, bila baca laporan berita SPR tu, benda yang pertama mai dalam kepala otak aku, mungkinkah SPR 'panjangkan lagi' tempoh pendaftaran ni pasai undi untuk Umno BN belum cukup lagi?

Mungkinkah SPR melalui Task Force MyKad macam yang Hj Mahfuz dakwa tu buat kerja belum capai sasaran.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...