MediaPerak.com melaporkan:
Hari ini sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang ,Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer. kesemua komputer di perjabat tersebut diambil untuk siasatan kes .
Menurut sumber laporan , serbuan ini adalah disebab satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1 - MediaPerak.
Aku tak nampak langsung apa relevannya tindakan polis tu. Kes Hj Nizar tu pada aku cukup simple pasai Hj Nizar tentu tweet menggunakan handphone dia. Lagi pulak aku yakin masa sessi soalsiasat Hj Nizar dah bagi kerjasama penuh. Kalau Hj Nizar mengaku dia sendiri yang buat tweet tu apa perlu nak check semua komputer di pejabat Hj Nizar?
Pada aku tindakan polis geledah pejabat dan rumah hj Nizar tu cuma untuk publisiti, nak bagitau yang pihak polis sungguh-sungguh buat kerja. Mungkin jugaknak ujudkan persepsi betapa beratnya kesalahan Hj Nizar dan dalam masa yang sama nak takut-takutkan pihak-pihak lain supaya jangan kurang ajar dan terus sembah Sultan dan Raja.
Macam tu jugak dengan kes Haziq Abdullah Abdul Aziz, pelajar UM yang juga ada tweet pasai isu WWW1 yang didakwa menghina Sultan Johor.
Kecuali la kalau memang jadi satu kesalahan besar kalau guna gantinama kau kepada Sultan dan Raja. Selain dari gantinama tu aku tak nampak apa yang budak ni tweet tu menghina raja.
[Sumber: blog MahasiswaJohor] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis