"Mungkin kerana ingin sedapkan hati rakan komponennya (DAP dan PKR), maka saya rasa mereka tidak akan ambil tindakan terhadap Nizar. "Nizar pula 'baling batu sembunyi tangan', berbelit-belit cakap, menuduh orang lain...jangan tuduh orang lain, sendiri yang tulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Parlimen Bagan Serai di sini, Sabtu.
Ahmad mencabar PAS untuk mengambil tindakan terhadap bekas menteri besar Perak itu dan jika gagal, ia menunjukkan parti itu bersekongkol serta bersetuju dengan perbuatan anggota Parlimen Bukit Gantang itu. - mStar.
Hari ni Presiden PAS, TG Hj Hadi jawap desakan Ahmad Maslan tu macam yang dilaporkan Sinarharian:
[Sumber: SinarHarian] |
Aku harap kalau ada cadangan dari mana-mana pihak dalam parti yang nak PAS ambik tindakan ke atas Hj Nizar aku harap sangat PAS buat pengiraan semula untung rugi tindakan tu.
Takut nanti dari rugi secupak jadi rugi segantang pulak.
Lagi satu, mungkin satu pilihan yang wajar difikirkan kalau Hj Nizar teruskan dengan strategi brinkmanship. Menarik jugak kalau Hj Nizar berani guna strategi brinkmanship ni. Mana tau boleh bagi lebih political mileage untuk PAS dan Pakatan Rakyat.
Lagi pun dengar ceritanya peluang Hj Nizar nak jadi Menteri Besar Perak semula lepas PRU13 dah tak berapa nak cerah. Di pihak istana Perak nama Hj Nizar memang dah buruk manakala di pihak PAS pulak dengar khabar anginnya ada 'pihak-pihak tertentu' yang dah lama susun strategi supaya calon pilihan depa dilantik jadi Menteri Besar Perak yang baru selepas PRU13 nanti.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis