KUALA LUMPUR 27 Mei - Pas perlu menarik balik 'fatwa' mengatakan individu yang mengundi parti itu akan mendapat balasan syurga kerana ia ternyata terkeluar daripada ajaran Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, hanya Allah SWT yang berhak menawarkan ganjaran syurga dan bukannya Pas.
Ini kerana katanya, Pas yang lahir daripada sistem demokrasi Barat hanyalah sebuah parti politik dianggotai oleh manusia biasa serta tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.
"Adakah Pas itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya?
"Demi kekuasaan, Pas sanggup menjanjikan syurga. Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT? Pas perlu tarik balik kenyataan undi Pas boleh masuk syurga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan.
Memang hebat Ulama' Muda Umno ni kalau bab menggoreng, bergabung pulak dengan media penchachai macam Utusan, lagi la terserlah kehebatannya.
Cuma masalahnya, bilanya PAS kata "undi PAS masuk syurga." selama ni yang aku dok dengar cuma orang Umno yang dok kata PAS kata padahai sejak dari dulu lagi PAS nafikan apa yang orang Umno kata tu.
Bawak keluar gak sekali video pemimpin PAS kata macam tu, biar ada bukti sikit kalau nak spin pun.
Tapi kalau ungkapan "Undi PAS dapat pahala" memang TG Nik Aziz sendiri kata dia memang ada kata dan dia memang selalu dok ulang kata-kata tu.
Formula yang TG Nik Aziz guna cukup mudah. nak bagi lagi mudah faham dan mudah ingat ada yang tolong buat imej bawah ni.
[Sumber: Fb iQ present] |
Apa pun, aku suka ayat yang selalu PakBakar Penarikbeca guna dalam isu 'undi PAS masuk syurga' ni.
Saya tetap dengan keyakinan bahawa undi PAS belum tentu masuk syurga, tetapi kalau undi Barisan Nasional, silap-silap gaya macam ambik tiket masuk neraka. - Penarikbeca.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis