Nampak sangat la media penchachai Umno dah habis modal. Tak habis-habis depa dok ulang isu lama. Kalau isu lama tapi relevan takpa la jugak ni depa dok guna isu lapok yang langsung tak relevan.
Dua tiga hari lepas depa spin balik isu orang bukan melayu boleh jadi PM. Isu yang dah lama Pakatan Rakyat jawab.
Kali ni depa ulang pulak pasai isu 'Undi PAS masuk syurga'. Tah mana depa dapat tiba-tiba Utusan boleh siarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang kata "fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan."
Isu ni pun isu lapok yang langsung tak relevan pasai dah lama PAS jawab isu ni. Tepat sekali macam kata Salahuddin Ayub, PAS takmau layan isu ni, lebih baik PAS memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13.
"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.Yang celakanya, akhbar KLPos yang laporkan kenyataan Salahuddin tu pilih tajuk "Fatwa Masuk Syurga : Tiada Keperluan Tarik Kembali - PAS" langsung tak sesuai dengan isi artikel tu.
"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).
"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.
"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya. - KLPos.
Isu ni sepatutnya dah lama selesai dengan jawapan yang TG Nik Aziz bagi lama dulu. Tapi main dengan penchachai Umno ni depa bukan kira, selagi boleh spin depa akan spin, jenis tak peduli hal syurga neraka ni bukan peduli betui ka salah, selagi depa rasa boleh untungkan depa, depa akan spin.
Bagi yang tak pernah dengar lagi dari mulut TG Nik Aziz pencerahan isu "undi PAS masuk syurga" ni, hangpa patut tengok videoclip kat bawah ni sampai habih. Dengar sendiri jawapan dari mulut TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.
Sumber imej: Greenbox
Berkaitan
- Nik Aziz Tuntut Harunssani Jelas Isu 'Undi PAS Masuk Syurga'
- "Undi PAS Masuk Syurga" - TG Nik Aziz Mahu Temu Harussani
- Hei Mufti! Bila aku kata undi PAS masuk surga - TG Nik Aziz - Harakahdaily
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis
Artikel terkini


ni pulak khutbah dari jakim utk hari juta2 belia baru ni, yg satu sen tak beguna pada mata ameno
ReplyDeletehttp://www.islam.gov.my/sites/default/files/khutbahjakim/upload/rumi/doc/belia_patriotisme_penyelamat_negara_rumi.doc
mcm drama radio dulu2: seri perdana, di belah kanan masjid, di depannya konsert k-pop
apa nak jadi dgn pencacai umeno ni aku pun tak tau.sampai bila depa nak insaf.takkan sampai masuk lubang kubor kot.benda yg lepas jadikan ikhbar dan sejarah.
ReplyDeleteSalah satu perangai PAS sejak bersahabat dengan DAP-PKR ni, ialah suka berdusta dan suka menyalahkan pihak lain atas kesilapan, kegagalan atau kebodohan sendiri.....PAS akan mencari sebarang alasan untuk dipercayai!
ReplyDelete