Bukti sokongan padu orang cina Johor kepada Salahuddin Ayub | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 26, 2012

Bukti sokongan padu orang cina Johor kepada Salahuddin Ayub

Sebelum ni mungkin ramai yang sikit prejudis bila ada yang kata sokongan masyarakat cina di Johor cukup tinggi sampai ada yang kata melebihi 90%.

Sokongan tu bukan setakat untuk DAP tapi juga parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Buktinya dalam majis makan malam bersama Salahuddin Ayub di Restoran Pekin Sutera di Gelang Patah kehadiran dari masyarakat cina sangat-sangat menggalakkan, lebih 1600 yang hadir.

Bagi yang tak pernah terlibat buat program dengan masyarakat cina mungkin anggap angka 1600 tu kecil tapi bagi yang biasa terlibat menganjurkan program dengan masyarakat cina angka 1600 tu sebenarnya cukup besar, tambah-tambah lagi kalau dikawasan pekan.
Kalau seramai tu yang hadir program PAS maknanya memang sokongan masyarakat cina cukup-cukup kuat, di Gelang Patah pulak tu.

Cerita lanjut pasai program tu siap dengan gambar boleh tengok di blog Nusajaya Kini.

Macam tu jugak sokongan orang melayu, memang nampak peningkatan yang cukup baik. Kalau sebelum ni ceramau PAS di Johor tak ramai yang hadir, nak dapat angka seribu pun cukup payah tapi sekarang ni angka ribuan yang hadir dah jadi perkara biasa.

Harakahdaily melaporkan:
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jumlah ribuan hadirin dalam ceramah-ceramah PAS di kawasan-kawasan Melayu semakin menjadi perkara biasa di Johor.

Lebih memberansangkan, katanya, ialah apabila mereka yang hadir itu terdiri dari penduduk tempatan.

"Kecuali majlis-majlis khas yang besar di mana mungkin ahli-ahli PAS dari seluruh Johor hadir beramai-ramai, kehadiran adalah dari penduduk tempatan.

"Maknanya, kalau 1,000 yang hadir ceramah-ceramah kita, hampir semuanya adalah penduduk tempatan," kata Salahuddin.

Bagi beliau, apa yang berlaku itu membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu di negeri itu.

"Dulu, Umno bukan sahaja tak pandang langsung kita, malah memperlekehkan.

"Hari ini, ada pemimpin tertinggi Umno yang berucap menyatakan akan mempertahankan Johor (dari PR)," katanya. - Hrkh.
Sebelum ni SinarHarian ada melaporkan:
[Sumber: Sinarharian]
Jadinya memang tepat sangat bila Mat Sabu kata Umno BN berpeluang ditumbangkan di Johor.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...