Takkan pasai video macam tu nak boikot Johan kut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 14, 2012

Takkan pasai video macam tu nak boikot Johan kut?


Aku tak berapa nak faham pasai apa ramai penyokong Pakatan Rakyat marah sangat bila tengok video youtube yang 'diterbitkan' oleh 'Bangkang Dari Longkang'.

Kemarahan tu sampai tahap ada yang buat page khas "Kami boikot Johan Raja Lawak" dan "Kami Boikot Johan Raja awak Dan Boboi."

Ramai jugak yang like page tu, page boikot Johan tu setakat ni dah lebih 2,900 orang like dan page boikot Johan dan Boboi pulak lebih 600 like.

Aku dah tengok ketiga-tiga video tu, dan sungguh, aku tak pulak rasa nak marah nak kat Johan ka, atau kat Afdlin ka atau kat Harun ka atau kat Syarifah Shahira ka. Langsung tak rasa offended, siap boleh gelak sorang-sorang lagi.
Mungkin kut pasai aku tengok video tu sebagai satu klip komedi satira. Standard la kalau komedi sindir-sindir macam tu. Tapi yang lebih aku mushkil aku perasan banyak jugak sindiran dalam clip video tu yang hentam pihak belah sana.

Kalau tengok kepada Harun Salim Bachik tu aku rasa lebih kepada nak menghentam Patriot yang gunakan mat-mat Bangla nak bagi peramai.


Macam clip video Demo Anti Demo kat atas ni, aku tak nampak langsung sesuainya sampai nak boikot pasai video ni. Walaupun ada beberapa ayat yang bunyi macam nak menghentam domonstrasi Bersih 3.0 tapi aku lebih nampak video ni menghentam Perkasa yang memang buat demo pasai nak bantah demo. Sungguh-sungguh depa kutuk kaki demo tapi depa macam tak sedar yang depa pun berdemo jugak.


Video kat atas ni pulak, pada aku penyokong Pakatan Rakyat patutnya suka video ni terutama sekali dengan komen John Feng Sui yang kata Najib macam ular air, cukup sesuai dengan Najib yang suka cakap bohong macam ular yang lidah bercabang, kemudian ditambah pulak dengan ular makan 'katak sedap'. Juga aksi 'PM' main dart untuk pilih tarikh pilihanraya. Satu perlambangan yang cukup tepat.


Cuma video yang kat atas ni ja yang agak 'berat' sikit. Aku nak gelak pun reti. Tapi kalau nak boikot pasai video ni pun aku rasa tak berapa nak sesuai, tak berapa nak kuat pasai video ni masih komedi satira walaupun ada sikit-sikit ciri BANGANG.

Cumanya part yang Johan kata "Kalau benda tu diluluihkan, sapa nak pancut ayaq kat kita, hat ni yang aku tak puaih hati ni..." Hat ni aku setuju sangat. Mana best demonstrasi kalau takdak pancut air dan gas.... Hahaha...

Apa pun, aku cukup setuju dengan sorang member facebook yang update status "Berikan seni itu ruang..."


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...