'Hari Gila' Hj Nizar, mantan MB Perak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 14, 2012

'Hari Gila' Hj Nizar, mantan MB Perak

Mungkin ramai yang baca pasai tindakan 'gila' Ir. Hj Nizar Jamaluddin, yang hadir ke caramah Umno di Tualang Sekah.

Yang lebih hebatnya ceramah tu bukan ceramah biasa Umno tapi ceramah dengan tema khas untuk membelasah Hj Nizar sendiri "Nizar: Pemgohong Bersiri"

Tak pernah lagi dalam sejarah politik Malaysia ada ahli politik yang buat 'kerja gila' macam tu. Aku istilahkan sebagai 'kerja gila' pasai memang ahli politik gila ja yang berani buat tindakan macam tu, ahli politik biasa tobat lahum takkan buat punya, tak kira la atas apa alasan sekali pun, tapi yang sahehnya memang takkan buat macam tu.

Pun begitu, aku yakin majoriti penyokong Pakatan Rakyat suka dengan tindakan Hj Nizar tu, diperingkat pimpinan aku tak pasti tapi diperingkat penyokong grassroot comfirm memang teruja.
Yang lawaknya, bila baca blog penchachai yang cuba spin 'aksi gila' Hj Nizar tu:

Blog tokguru86 kata kononnya Hj Nizar lari dari ceramah PAS yang cuma kehadiran 30 ke 40 orang. Depa kata kalau tak BANGANG bukan blogger namanya... tengok bukti ni aku terpaksa setuju... Hahaha...

SungaiRapatOnlline pulak kata Umno jemput Hj Nizar. Tak bila masa depa jemputnya, takkan kot nak kata kira depa jemput pasai Hj Nizar baca banner depa kut? Hahaha...

Tak kira la apa depa nak spin pun, tapi yang jelasnya memang depa terkejut dengan kehadiran hj Nizar tu terutama sekali penceramah yang tengah bercakap.


Sebelum ni aku ada buat entry pasai 'hari bangang' Hj Nizar. Dengan 'hari gila' Hj Nizar ni kira boleh tutup kut 'hari bangang' dia hari tu... Hahaha

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...