Sebenarnya bukan 1511 tapi beberapa puluh tahun sebelum tu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 14, 2012

Sebenarnya bukan 1511 tapi beberapa puluh tahun sebelum tu

Kalau sapa bukak facebook sejak semalam, tentu perasan ramai yang update status atau komen dalam facebook membelasah Nor Mohamed Yakcop pasai menteri dari Umno ni kata kalau BN kalah Malaysia akan kembali macam era 1511.

Ada sorang kawan Facebook aku siap label menteri tu sebagai 'Jakun' dan yang komen status tu pun berpuluh, semua belasah menteri tu.

Dari satu sudut memang betul apa yang depa kata dan apa yang depa belasah tu memang tepat macam apa yang menteri tu maksudkan.

Tapinya, aku suka tengok dari sudut lain.  
Pada aku ramalam menteri tu mungkin cuma sikit meleset. Mungkin ramalan dia akan jadi tepat kalau dia kata Malaysia akan kembali ke era beberapa puluh tahun sebelum 1511 atau lebih tepat lagi masa era Sultan Mansur Shah jadi Sultan Melaka.

Bagi orang yang minat sejarah tentu boleh cerita dengan lebih terpeinci. Bagi aku yang tak berapa minat pelajaran sejarah masa sekolah dulu cuma boleh ingat sikit-sikit saja lagi pasai sejarah kegemilangan masa Sultan Mansur Shah memerintah Melaka.

Yang aku ingat Melaka masa tu adalah satu kuasa besar di Asia yang terkenal di seluruh dunia sampai maharaja China hantar laksamana Cheng Ho sebagai utusan melawat Melaka. Pedagang dari Eropah sanggup belayar ke Melaka pasai nak kuasai bekalan rempah ratus yang cukup mahal di tempat depa.

Melaka masa tu menguasai ekonomi serantau dan ada pelabuhan yang cukup sibuk, yang taraf dia jauh lebih hebat dari taraf pelabuhan Singapura.

Yang lebih hebat lagi Bahasa Melayu masa tu jadi bahasa lingu franca, yang melambangkan betapa tingginya taraf bangsa Melayu dan kerajaan Melaka masa tu.

Dan yang paling hebat sekali, kalau tak silap aku ada pengkaji sejarah yang kata Melaka masa tu mengamalkan undang-undang Islam.

Moga-moga Pakatan Rakyat akan berjaya mengembalikan era kegemilangan macam masa zaman kegemilangan Kerajaan Melaka tu selepas berjaya tumbangkan Umno BN dalam PRU13 nanti. Insyaallah.

Jadinya pada aku, ramalan Nor Mohamed Yakcop cuma tersasar sikit saja. Bukan era tahun 1511 tapi era sebelum tahun 1511.

[Sumber imej: Melayu Nusantara]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...