Mampukah PAS himpun lebih 100,000 di himpunan raksaksa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 13, 2012

Mampukah PAS himpun lebih 100,000 di himpunan raksaksa?

Secara peribadi aku tak berapa nak stuju PAS tangguhkan Muktamar Agung PAS Pusat pasai nak tumpukan kepada kerja-kerja pilihanraya.

Tapi nak berkeras sangat tak bersetuju pun hujjah tak kuat mana, tambahan pulak muktamar tahun ni takdak pemilihan, jadinya tak menggangu sangat erjalanan parti. Lagi pun perlembagaan parti pun dah dipinda membolehkan Muktamar Agung PAS Pusat ditunda.

Apa pun, aku setuju sangat, bila ditangguhkan mutktamar agung digantikan dengan perhimpunan raksaksa. Biar Najib Rosmah tengok macamana rupa sebenar kalau 100,000 orang berhimpun.

Cumanya perkataan raksaksa tu pada aku tak berapa nak sesuai kut pasai aku terbayang raksaksa yang tengah berlawan dengan Ultramen... Hahaha...  
Mungkin lebih sesuai kalau dinamakan Perhimpunan Perdana.

Apa pun, yang paling aku concern sekali adalah tarikh perhimpunan tu. Tarikh 1 jun 2012 jatuh pada hari Jumaat. Memang la dari kalender Islam sesuai sangat buat perhimpunan pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Cuma masalahnya hari Jumaat adalah hari bekerja kecuali kelantan kedah dan terengganu.

Kesian kat kakitangan kerajaan dan swasta yang terpaksa ambik cuti. Tu pun kalau dapat, kalau tak dapat terpaksa la depa ponteng. Takkan nak ponteng kerja pulak kut.

Apa pun, semua ahli dan penyokong PAS patut ambil ini sebagai satu cabaran. Bukan mudah nak boleh himpunkan sehingga 100,000 dalam waktu yang singkat, cuma ada 20 hari saja lagi. Tapi kalau untuk mohon cuti tempoh 20 hari tu sepatutnya lebih dari cukup.

Tapi kalau semua ahli dan penyokong PAS ambik serius perhimpunan ni, angka 100,000 memang boleh dicapai, malah mungkin lebih dari tu. Patutnya kalau takat 100,000 tu ahli dan penyokong PAS Kedah saja pun dah lebih dari tu.
[Sumber: Hrkh]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...