Ni Bersih 4.0 menatang apa macam ni Ust Din Tantawi oooiii...!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 11, 2012

Ni Bersih 4.0 menatang apa macam ni Ust Din Tantawi oooiii...!!!

Aku cukup tak setuju dengan cadangan terbaru Ketua Pemuda PAS Pusat yang mencadangkan "BERS✔H 4.0 Duduk dan Debat."

Bukan maksud aku tak setuju dengan "Duduk dan debat" tu. Ikut dia la nak buat "Duduk dan debat" ka 'Duduk dan Zikir' ka" atau "Duduk dan tidur" sekali pun. Kalau rasa boleh bagi kelebihan untuk lawan Umno BN, dipersilakan.

Tapinya tolong la jangan guna "BERS✔H 4.0". Pasainya BERS✔H 4.0 tu khusus untuk demonstrasi ataupun himpunan rakyat. Atau kalau tanya orang macam aku, BERS✔H 4.0 adalah demonstrasi jalanan rakyat yang bangun menyuarakan tuntutan rakyat.  
BERS✔H 4.0 sama jugak macam BERS✔H , BERS✔H 2.0 dan BERS✔H 3.0 adalah hak rakyat. Bukan hak sapa-sapa termasuk bukan hak Ambiga dan jawatankuasa dia. Depa tu cuma 'pemandu' untuk BERS✔H 2.0 dan BERS✔H 3.0. Jadinya tolong la, terutama sekali pemimpin parti politik, jangan cuba-cuba rampas BERS✔H dari rakyat.

Kalau nak jugak gunakan treadmark  BERS✔H pun jangan la gunakan  BERS✔H 4.0 tapi guna la Bersih 3.1 ka atau Bersih 3.2 ka. Macam yang di buat  masa Najib turun ke Kelantan baru ni, depa gunakan Bersih 3.1.

Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Hrkh]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...