Iklan Top

Top message

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Saturday, May 12, 2012

Dewan Negara putuskan talian hayat Umno BN?


Semalam seluruh pemerhati politik Malaysia terkejut apabila tiba-tiba Rang Undang-undang kesalahan Pilihanraya nak ditarik balik selepas dibentang dan dibahas di Dewan Negara. Nazri Aziz, menteri yang bertangjawab dalam hal ehwan dewan bagi alasan RUU tu ditarik balik pasai 'rumit'.

Seingat aku tak pernah lagi terjadi sebelum ni, rang undang-undang yang dah diluluskan oleh Dewan Parlimen nak dipinda lagi di Dewan Negara. Biasanya di Dewan Negara cuma dibahaskan saja dan kemudiannya akan diluluskan. Sampai tahap ada yang bagi label Dewan Negara sebagai rubber stamp.

Lain sikit kali ni bila ahli Dewan Negara bercadang untuk pinda dua seksyen dalam akta tu. Mungkin kut Dewan negara dapat keberanian pasai sebelum tu masa di Dewan Parlimen dibuat tiga pindaan.  
Lagi satu, Rang Undang-undang Kesalahan Pilihanraya ni bukan sebarang undang-undang, bukan sama macam undang-undang pasai pokok ka atau pasai komputer ka atau pasai basikal.

Rang undang-undang ni dibuat untuk pastikan Umno BN menang lagi dalam PRU13 nanti, lebih kurang macam talian hayat untuk Umno BN kekal berkuasa.

Harus barang diingat, hampir semua ahli Dewan Negara dilantik oleh Umno BN melalui Yang Dipertuan Agong. Yang akan bawa suara membangkang pun cuma yang mewakili negeri-negeri yang dipegang Pakatan Rakyat, maknanya sepatutnya cuma 8 orang saja dari 70 orang ahli Dewan Negara yang berani untuk menentang Rang Undang-undang demi survival Umno BN tu.

Kalau setakat 8 orang tu ja yang berbunyi dalam Dewan negara tu lebih kurang macam anjing menyalak bukit ja. Yang sampai boleh nak pinda 2 seksyen tu tentu dapat sokongan majoriti ahli dewan.

Mungkinkah keberanian ahli Dewan negara ni menggambarkan yang depa pun dah berani untuk tak wala' kepada Umno BN dan dah berani tak setuju Umno BN menipu dalam PRU13 nanti. Bukan tara tu saja tapi sampai tahap dah berani putuskan talian hayat untuk Umno BN kekal berkuasa.

Betapa pentingnya Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihanraya tu untuk survival politik Umno BN boleh dilihat dari komen Dr. Mahathir macam yang dllaporkan SinarHarian.
[Sumber: SinarHarian]

Maksud aku bukan komen Dr. Mahathir yang tersurat macam yang dilaporkan SinarHarian tu tapi maksud tersirat komen tu... Hahaha...
[Sumber imej: TheNutgraph]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Artikel terkini

3 Orang BELASAH:

  1. Aku terasa, ada sesuatu yang lebih burok sedang berlaku disebalik semua ni

    ReplyDelete
  2. yup...aku pon ade rasa xsedap hati..

    they will do nything...utk menjamin survival mereka...mungkinkah dgn menarik balik larangan barong panas akan mengundang samseng2 umno semasa p/raya kelak?dan akan dibiarkan oleh pihak polis...as usual...

    ReplyDelete
  3. penipuan besar without the rang undang2 ke or penipuan LEBIH besar with the rang undang2? hahahahaha

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak... Hahaha...
Cumanya tolong la tulis nama apa pun takpa, takkan BANGANG sangat nak tulis nama pun tak reti... Hahaha...
Apa pun, segala komen adalah tanggungjawab pengkomen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan bawah posting