Bukan sekali Najib Rosmah keluarkan perkataan "HARAM JADAH" tu tapi berkali-kali. Marah sungguh dia nampaknya.
Dari ucapan dia tu, nampak macam dia marah sangat kat Mazlan Aliman dan penggerak ANAK yang berjaya hasut peneroka Felda bantah penyenaraian FELDA Venture Holding (FGVH) tu sampai tahap bawak ke mahkamah.
Tapi kalau pasai tu patutnya dah lama keluar perkataan "HARAM JADAH' tu dari mulut Najib Rosmah pasainya benda tu bukan baru, dah lama dah.
Mungkin kut hasil aksi Mazlan Aliman menghasut tu Najib Rosmah terpaksa bagi 'durian runtuh' kepada peneroka sampai RM15,000 setiap keluarga. Kalau Mazlan Aliman dan ANAK tak buat kecoh mungkin FELDA tak perlu bagi sebanyak tu.
Kalau tak perlu bagi sebanyak tu, mungkin lebih banyak Najib Rosmah boleh cilok untuk diguna masa PRU13 nanti.
Apa pun, memang tak patut sangat, Najib Rosmah yang selama ni mungkin dilihat cukup cool tiba-tiba boleh keluarkan perkataan macam tu. Dah la tu, keluar masa ucapan yang disiarkan secara langsung pulak tu.
Ataupun, mungkin jugak Najib Rosmah keluarkan perkataan tu untuk bagi signal khas kepada 'samseng kampung dusun Umno'. Bagi motivasi kepada depa untuk bertindak lebih ganas lagi di masa depan.
Mungkin jugak Najib Rosmah nak ajar kepada makcik-makcik penyokong tegar Umno yang duduk di kawasan Felda macamana nak layan kalau perayu undi Pakatan Rakyat singgah di rumah depa masa kempen PRU13 nanti.
Cuma yang kesiannya, walaupun angka RM15,000 untuk setiap keluarga peneroka tu Najib Rosmah anggap dah cukup lumayan dan layak dikatakan 'durian runtuh' tiba-tiba Rafizi pulak boleh kata najib rosmah cuba main kecoh.
RM15,000 tu cuma 30% dari jumlah yang sepatutnya peneroka FELDA dapat. Patutnya depa boleh dapat sampai RM50,000 bukannya setakat RM15,000.
Tentu punya Najib Rosmah bengang dengan komen Farizi tu. Tah apa pulak perkataan yang akan keluar dari mulut Najib Rosmah lepas ni... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis