Negeri 'Deposit Tetap' Umno akan dirampas | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 22, 2012

Negeri 'Deposit Tetap' Umno akan dirampas

Kalau ikut sejarah, negeri Johor memang layak digelar deposit tetap untuk Umno, memang sejak pilihanraya tahun 1955 lagi calon Umno sentiasa menang di Johor. Bukan sekadar menang tapi menang besar.

Untuk calon PAS pulak, bertanding di Johor cuma sekadar untuk bertanding tak mau bagi Umno menang percuma. Kalah teruk termasuk hilang wang pertaruhan memang perkara biasa.

Calon yang bertanding lebih kepada wala' kepada arahan parti. Untuk menang hampir mustahil dan kalah pulak hampir pasti, yang bezanya cuma kalah banyak mana.

Walaupun macam tu PAS tak pernah berputus asa dan terus bertanding dalam pilihanraya di Johor, negeri kelahiran Umno.
Pilihanraya tahun 1999, bermula peningkatan besar kepada undi calon-calon PAS. Walaupun negara dilanda tsunami politik akibat pemecatan Anwar Ibrahim tapi tetap tak mampu memenangkan walau sorang pun calon PAS, menggambarkan betapa lemahnya pengaruh PAS di Johor masa tu.

PAS cuma dapat wakil rakyat sulung di Johor masa PRU tahun 2004. Di masa calon-calon PAS kalah dihampir semua kerusi termasuk hampir-hampir kehilangan Kelantan, calon PAS menang di Dun Senggerang. Bukan sebab PAS kuat di Dun Senggerang tapi pasai Umno Senggerang terlalu banggang sampai pencalonan ditolak dan Dr. Ramli Md Kari menang tanpa bertanding.

Walaupun kalah semua kerusi tapi takdak sorang pun calon PAS yang hilang wang pertaruhan. Ini menunjukkan yang sokongan kepada pas semakin bertambah di Johor. Orang Melayu terutamanya, sudah semakin ramai yang berani untuk mengundi PAS.

Sejak tu semakin ramai rakyat Johor yang mula nampak PAS, terutama sekali masa banjir besar melanda Johor bila Unit Amal dengan uniform merah dari seluruh negara turun ke Johor bantu mangsa banjir.

Masa PRU 2008 PAS dapat 2 orang wakil rakyat, Dr. Mohamad Taslim di Dun Maharani dan Dr. Sheikh Ibrahim di Dun Sungai Abong. Banyak Dun yang calon PAS kalah tipis dan takdak lagi yang hilang wang pertaruhan.

Harus diingat, sokongan orang cina masa tu tak sehebat di Perak atau Selangor, tsunami politik 2008 macam tak berapa nak sampai ke Johor, Melaka dan negeri Sembilan.

Untuk PRU13 nanti, keadaan dah banyak berubah. Kalau sebelum ni PAS masuk pilihanraya di Johor cuma untuk berlawan dengan Umno dan kalau menang boleh dikira sebagai keajaiban, tapi untuk PRU13 PAS masuk bertanding bersama Pakatan Rakyat untuk tumbangkan Umno BN.

Kalau ikut perkiraan, Pakatan Rakyat memang ada peluang untuk tumbangkan umno BN. Sokongan orang cina terutamanya cukup tinggi sekarang ni sampai ada yang kata melebihi 90%. Dengan banyak kerusi di Johor yang peratus pengundi orang cina tinggi, peluang untuk calon Pakatan Rakyat termasuk PAS untuk menang memang besar.

Malah, kerusi macam parlimen Pulai yang sebelum ni calon Umno menang dengan majoriti lebih 20ribu pun dah tak selamat untuk Umno.

Umno BN memang kecut perut bila tiba-tiba Salahuddin Ayub kata nak bertanding di Johor, terutama sekali bila Dr. Mahfoz istiharkan Salahuddin sebagai calon Menteri Besar Johor untuk Pakatan Rakyat dan disokong PKR dan DAP. Pengumuman tu menunjukkan yang PAS dan Pakatan Rakyat semakin yakin peluang untuk menumbangkan Umno BN di Johor memang besar.

Aku cukup setuju dengan Hj Mahfuz yang puji Salahuddin Ayub pasai sanggup tinggalkan Kubang Kerian untuk balik bertanding di Johor, negeri kelahiran dia. Tindakan Salahuddin tu memang bagi kesar yang besar terutama sekali kepada pengundi melayu yang dah mula nampak kesungguhan PAS dan Pakatan Rakyat untuk tawan Johor.

Memang kalau kena cara dan tempat Salahuddin boleh menang di Johor tapi kalau dia bertanding di Kubang Kerian macam kata Hj Mahfuz:
Kubang Kerian boleh dianggap sebagai kubu selamat PAS. Dia tak perlu berkempen...jika tinggalkan songkok saja pun dia boleh menang," - mStar.
Kalau jentera PAS dan PKR mampu tingkatkan lagi sikit sokongan orang melayu di Johor berbanding masa PRU 2008, hasrat nak tengok Salahuddin Ayub jadi Menteri Besar Johor pasti akan tercapai.

Kalau masa PRU 2008 PAS catat sejarah bila mencalonkan Kumutha sebagai calon bukan Islam pertama yang gunakan lambang PAS, tak mustahil untuk PRU13 PAS dan Pakatan Rakyat cipta sejarah yang lebih hebat, merampas negeri 'deposit tetap' Umno.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...