Lebih hebat lagi mamat penchachai Umno BN ni bukan setakat mengutuk Umno tapi siap bagitau nak masuk DAP, parti yang selama ni penchachai Umno BN macam mamat ni dok anggap musuh utama depa.
Aku bila tengok video mamat tu mengamuk, langsung tak percaya. Jenis cari makan dengan politik ni tobat lahom aku tak percaya.
Pada aku mamat tu menggambarkan mentaliti sebenar penchachai Umno yang aktif berpolitik cuma untuk kaut harta masuk poket depa yang sebenarnya tak pernah peduli pun dengan rakyat.
Yang depa kisahkan cuma nak cari makan. Bila depa kena cantas depa akan cari dahan baru untuk depa berpaut sebentar supaya depa terus dibagi makan..
Kat bawah ni pulak komen segera dari Zambry 'eee' Kadir. Elok tengok dulu video kat atas tu sebelum tengok video kat bawah ni. Video kat bawah ni hangpa boleh tengok macamana Zambry 'eee' Kadir kutuk mamat ni.
Dan hari ni, macam yang aku dah jangka mamat penchachai Umno ni menangis teresak-esak melutut balik menyembah Umno. Cuba spin balik kononnya dia marah kepada pentadbir.
Aku cukup yakin Umno BN akan terima balik dan Zambry 'eee' Kadir pun aku yakin sanggup mengampunkan dosa mamat ni.
Apa pun, drama 3 babak ni menggambarkan macamana mentaliti sebenar, macamana rupa sebenar penchachai Umno BN yang selama ni rakyat bagi kepercayaan kat depa untuk memerintah.
Kalau hangpa tak percaya hangpa boleh tengok sendiri pemimpim Umno tempat hangpa, belambak dok ada jenis macam ni, kalau pun mungkin bukan semua tapi aku berani kata hampir semuanya memang ropa ini.
Update
Bawah ni pulak klip video yang membuktikan memang mamat ni pembohong, tak mengaku dia ada call Hj Nizar. Ciri yang depa kata mesti ada pada pemimpin Umno dari akar umbi sampai ke puncak.
Berkaitan
- Ghoper ini oghang keluo UMNO yang kome nak sambut? - MediaPerak.com
- PAKATAN RAKYAT - SILA JANGAN JADI TONG SAMPAH - TukarTiub
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis