Memang la dari segi hukum, aku bersetuju dengan fatwa tu, malah tak payah keluarkan fatwa pun takpa. Kalau buat benda yang boleh merosakkan memang haram hukummya. Tak payah nanti masa demonstrasi masa bukan demonstrasi pun tak boleh, haram.
Cuma yang dipertikaikan, fatwa tu nampak macam Majlis Fatwa dipergunakan oleh Umno BN atau mungkin lebih tepat lagi 'diperkudakan' oleh Umno BN untuk alih perhatian rakyat dari isu sebenar.
Kalau Majlis Fatwa bersifat adil dan tak diperkudakan, sepatutnya isu sebenar Bersih 3.0 yang menuntut 8 perkara tu sepatutnya Majlis Fatwa Kebangsaan ulas jugak dalam fatwa tu.
Juga patut diulas hukum tindakan anggota polis membelasah peserta himpunan yang hanya 'bersenjatakan' air mineral, garam dan tuala kecil.
Apa hukum anggota polis bertindak ganas pukul, sepak dan terajang peserta termasuk menendang kemaluan peserta.
Macam mangsa dari Larut ni:
"polis gari saya kemudian dia tendang bahagian kemaluan, report polis dah dibuat tapi macam biasalah,polis siasat polis”
Demikian luahan hati seorang pemuda di selama perak ,Mohd Rahmat Abdul Razak,25,salah seorang daripada mangsa kekejaman polis sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu di Kuala Lumpur
Selain itu,tubuh saya turut dipijak,ditendang.diheret sebaik sahaja selesai menunaikan solat zohor di masjid jamek. - Blog Persepsi Kita Berbeza
[Sumber: Blog Persepsi Kita Berbeza |
Berbalik pasai fatwa tu, mungkin tepat sekali komen Dr. Maza, fatwa senget:
[Sumber: Fb] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis