TG Nik Aziz patut bermuzakarah dulu dengan TG Hj Hadi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 24, 2012

TG Nik Aziz patut bermuzakarah dulu dengan TG Hj Hadi

Aku tak faham betul la PAS ni macamana? Bab nak muzakarah atau takmau muzakarah dengan Umno pun tak boleh nak bersatu. Tak kesian ka kat kami yang kat bawah ni?

Mula-mula TG Nik Aziz kata setuju nak muzakarah dengan Umno.

Jenuh jugak la nak susun ayat buat jawapan bila penyokong PAS tanya. Nasib baik la takdak jumpa dengan orang kuat DHPP, kalau tak lagi payah la nak susun ayat.

Depa-depa kat bawah ni rata-ratanya benci sangat-sangat kat Umno. Kalau boleh depa nak sangat Umno mampuih cepat-cepat, tiba-tiba pulak TG Nik Aziz nak bermuzakarah dengan Umno.  
Yang depa faham dengan Umno ni buang masa ja nak bermuzakarah tapi kalau nak bermubahalah depa setuju sangat pasai depa yakin tentu punya Umno yang akan kena laknat nantinya.

Kalau takmau bermubahalah tapi nak berdebat pun takpa janji bukan muzakarah. Hujjah depa senang ja, takkan kita nak bermuzakarah dengan penyangak kut.

Tak lama lepas tu tiba-tiba TG Hj Hadi pulak kata PAS tak hingin nak muzakarah dengan Umno tapi bersedia nak bermuzakarah dengan NGO.

Kali ni penyokong PAS grassroot mudah sikit kut nak terima, boleh la kalau nak bermuzakarah dengan sapa pun, asal bukan Umno. Tapi jangan bermuzakarah dengan JATI dah la, pelik sangat kalau PAS bermuzakarah dengan JATI tapi rasanya Dr. Hasan Ali pun tak berani nak bermuzakarah dengan PAS.

Semalam TG Nik Aziz pulak kata dia nak muzakarah dengan Umno bukan dengan NGO.

Ni yang parah ni. Kalau dua kenyataan sebelum ni mungkin tak berapa nak jelas sangat dan masih lagi boleh ditakwil tapi kenyataan TG Nik Aziz kali ni dah jadi payah nak takwil.

mStar melaporkan:

[Sumber: mStar]
Yang aku mushkilnya pasai apa boleh jadi macam ni. Tak boleh ka depa dua orang Tok Guru ni seiya sekata?

Aku rasa ada baiknya kalau sapa-sapa boleh anjurkan sesi muzakarah untuk depa berdua ni dulu dalam masa terdekat. Mungkin pasai lama sangat takdak usrah antara depa kut.

Dalam bab muzakarah ni, aku cukup tertarik dengan apa yang Nik Abduh tulis dalam blog dia:
‘Bagitahu umno, kami tengah sibuk bermuzakarah dengan rakyat sekarang ini. Kalau umno nak bermuzakarah, tunggulah lepas pilihanraya.’ - Nik Abduh.
Aku cukup setuju dengan ayat tu, cukup tepat dan catchy. Cumanya bab nak bermuzakarah lepas pilihanraya tu aku agak prejudis sikit.

Harapnya bermuzakarah lepas pilihanraya tu tak bermaksud macam apa yang Dr. Hasan Ali buat dengan Khair Toyo masa lepas PRU12 dulu.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...