Katanya himpunan tu berjaya tarik kunjungan lebih 2 juta belia dari lebih 11juta belia di negara ni, satu angka yang cukup besar, hampir 20%.
Kalau nak dibandingkan dengan Himpinan Bersih 3.0 yang Rais Yatim kata cuma dihadiri 22,270 orang saja, tak sampai pun 1% berbanding himpunan belia tu. Kalau nak kira orang muda saja pulak lagi la sikit.
Sebelum ni masa sambutan 64 tahun Umno di Stadium Bukit Jalil, katanya lebih 250,000 yang hadir. Kalau guna angka ni pun dah jauh lebih ramai berbanding angka yang Raiz Yatim sebut tu. Tak sampai pun 10%
Jadinya, aku rasa Najib patut sangat-sangat dah umumkan bubar parlimen dalam masa terdekat ni. Najib patut gunakan kesempatan sekarang ni pasai masa kedepan belum tentu lagi. Tumpang anak muda katanya tengah sokong ni masa ni la Najib patut bubar parlimen dan adakan PRU13.
Tak kisah la dengan cakap-cakap pembangkang yang kata angka kehadiran tu menipu.
Peduli apa dengan cakap pembangkang yang kata Stadium Bukit Jalil cuma boleh muat 100,000 kalau penuh sendat dengan manusia. Peduli ada dengan gambar yang nampak macam stadium tak penuh malam tu.
Peduli apa dengan spin pembangkang yang kata kalau setakat penuh stadium tu cuma taraf ceramah Umum yang Pakatan Rakyat buat dalam stadium saja.
Toksah dok heran dengan dakyah pembangkang yang kata kehadiran program himpunan belia yang berakhir semalam tu sebenarnya tak sampai 100,000 orang pun. Toksah dok heran dengan angka yang depa keluarkan konon guna kaedah yang sama macam Rais Yatim guna tu.
Toksah peduli la dengan spin pembangkang yang perleceh himpunan belia tu, konon penuh dengan maksiat pasainya memang benda macam tu yang orang muda suka, depa sebenarnya dengki pasai depa tak boleh buat program macam tu.
Lagi satu, tak payah la nak heran dengan cakap Dr. Mahathir yang suruh tangguh sampai habis bulan puasa, konon kerajaan pimpinan Najib masih lagi lemah. Dr. Mahathir apa tau, dia dah tua, lagi pun dia tak hadir masa himpunan belia yang berakhir semalam. kalau dia hadir tentu dia pun akan suruh najib segerakan bubar parlimen.
Akhir sekali, aku sangat-sangat harap Najib bubar parlimen dalam masas terdekat ni, cemuih dah tunggu pilihanraya dari sebulan ke sebulan tak jugak bubar parlimen. Cuma masalahnya, berani ka Najib bubarkan parlimen dalam masa terdekat ni?
Tak sabar nak tengok betui ka Salahuddin Ayub boleh jadi menteri besar Johor dan Perak pulak Pakatan Rakyat dapat rampas balik.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis