Berlari-lari kami menuju ke Mydin dan terus ke Kompleks Wilayah. Sesekali kami berjalan dan berhenti meneguk air mineral yang sudah sedikit. Inipun, air mineral siapa yang kasi kat kami tatkala kelam kabut tadi di Masjid India. Terima kasihlah.
Bas Rapid lalu depan kami. Ada yang naik. Jalan tidak ditutup tapi tiada kenderaan yang lalu lintas. Yang ada, orang ramai yang berbaju kuning, ke hulu ke hilir. Helikopter di atas, terus mengekori kami yang berpecah ke pelbagai tempat. Hir, dia kata dia selamat di Masjid Jame'. Tapi akhirnya siapa yang dalam masjid itu, terkurunglah hingga 6.30 petang kerana FRU sudah tawan pintu masjid. Siapa kata masjid adalah tempat yang paling selamat? Belum tentu jika ada FRU atau 'anggota keselamatan'.
Setelah hilang penat, kamipun bergerak ke Campbell dan melewati Balai Polis Dang Wangi. Ramai anggota polis memerhatikan kami dari kawasan balai. Entah apa yang dibisikkan. Aku tak tau. Nabilah kata, ayah ni balai Polis - ngapa kita ikut sini? Ok no problem. Aku tenangkan. Sampai di pintu masuk balai itu, bertrak-trak blackmaria tersusun di tepi jalan. Manakala, lebih dua puluh lelaki duduk di tepi pagar balai. Aku tau, itu semua SB. Muka diaorang senang dikenali. Muka nak makan orang.
Satu doktrin yang sudah terbenam dalam otak dan otot polis ialah bahawa para demonstrator ini musuh negara, perusuh, pro Hindu, pro Cina, kaki liwat dan barua Anwar. Walaupun aku dan orang Melayu lain yang menyertai Bersih 3.0, mereka akan hukum secara Maharaja Cina Kuno. Semua sama sahaja.
Oleh itu, mereka akan sepak Melayu macam mereka sepak Cina. Mereka terajang Mak Cik Melayu, kerana mereka rasa itu Nyonya Cina yang makan babi, berak tak basuh! Inilah contoh terbaik pendekatan perkauman yang menghidupkan kezaliman dan keganasan polis pada orang awam. Kalaupun aku Cina sekalipun, setidak-tidaknya aku manusia juga. Polis menjadi takbur dan maksum.
Diaorang tengok kami semacam je. Aku buat muka sardin, lalu depan diaorang. Balai Polis Dang Wangi sekarang bangunan baru. Dulu, Man Cina selokap dengan aku di Balai Polis Cheras. Dia kata antara Balai Polis paling teruk di Kuala Lumpur ialah Dang Wangi. Man Cina sudah merata lokap dia keluar masuk kerana kes dadah. Aku pula ditangkap kerana Black 14 reformasi.
Masa itu, merasalah apa makna hidup dalam lokap. Seminggu bro! Makan nasi hanyir, lauk kayu! Hingga sekarang aku masih ingat siapa yang tangkap aku. Bakri Zinin. Sekarang dia sudah jadi Pengarah Jabatan Jenayah Bukit Aman. Setidak-tidaknya dia pakailah SOP (Standard Operation Prosedur) semasa bertugas. Pakai nametag. Senang cam kalau ada masalah. Semasa Bersih 3.0 ramai anak buahnya tak pakai SOP. Pasai tu, dia orang jadi samseng berlesen. Tumbuk, terajang, flying kick dan macam-macamlah jenis kesamsengan manusia.
Selepas melewati balai itu, barulah aku kasi tau pada diaorang tentang siapa lelaki yang duduk di depan pagar balai tadi. Patutlah. Itupun belum melegakan. Kerana laluan kami ke Sogo dan Pertama Compleks lagi tegang. Orang ramai takluk wilayah itu.
Aku fikir, tempat ini kurang selamat untuk kami berlama-lama di sini. Kalau aku sorang, aku tunggu. Suara siren ambulan kedengaran. Teringat semasa aku di Swansea. Sunyi malam kadangkala dipecahkan dengan suara siren ambulan dan polis. Tak lama kemudian, deretan lori Bulan Sabit Merah berhenti betul-betul depan Pertama Compleks. Mereka edarkan berpuluh-puluh kotak air mineral pada orang ramai. Kami tepuk tangan tanda supportlah apa yang mereka lakukan.
Selang sepuluh minit kemudian, kereta polis lalu di hadapan orang ramai. Mula-mula satu. Kemudian menyusul kereta peronda lain. Entah, siapa yang mula, diaorang sudah baling botol mineral ke arah polis. Hingga berlaku apa yang terjadi (polis langgar orang awam). Time itu, aku sudah angkat kaki ke arah Chow Kit. Dalam orang ramai - kita tidak pasti siapa yang menjadi provakator. Mungkin SB. Aku cenderung berfikiran bahawa polis jenis inilah yang menimbulkan provakasi.
Kita patut baca sejarah polis. Jangan setakat rujuk Bukit Kepong edisi PMR. Setakat baca news paper nak bersyarah, berhujah - rentikanlah. Buat malu muka sendiri.
Berdetum-detum bunyi botol dibaling ke arah kenderaan polis. Sebelah aku, ada seorang polis tergesa-gesa naik lori dan cabut menyosang arus ke Chow Kit. Kalau aku nak baling, sudah lama kena. Tapi aku bukan otak polis. Aku nak tanya, apa pasal polis itu lalu betul-betul di ratusan orang awam yang baru kena sembur gas pemedih mata. Nyata tidak bijak. Otak manual betul.
Norsi minta kami naik teksi. Mana ada teksi time ni? PWTC jauh lagi. Memanglah tak larat dah nak menapak. Slow-slowlah. Tak lama kemudian, aku tengok semakin ramai pula orang di tempat kami. Aku rasa, FRU sudah gempur Sogo. Sebab itu, diaorang lari ke sini.
Aku jumpa pemuda Cina duduk. 'Abang kena ka?' Kenalah! Kita senasiblah agaknya bila dia tersenyum. Memang sungguh aneh, senyum walaupun kena gas pemedih mata yang menyeksakan. Benarlah, kebenaran itu suatu yang sukar difahami oleh orang yang tenggelam dalam kegelapan.
Sila buka minda dan jiwa tuan. Dan jangan lupaan untu tutup channel tv.
Sumber: Muhaimin Sulam
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis