Kalau TG Nik Aziz dilaporkan kata macam tu pun aku tak peduli | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 24, 2012

Kalau TG Nik Aziz dilaporkan kata macam tu pun aku tak peduli

Ambiga 1Malaysia
Semalam Ust Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS dilaporkan keluarkan satu kenyataan yang agak kontroversi.

Macam dilaporkan mStar dia dilaporkan kata Ambiga tak layak ketuai BERS✔H atas alasan Ambiga mempunyai hubung kait dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Ust Nasha yang dilaporkan berucap dalam forun anti-LGBT di Universiti Teknologi Malaysia Ahad lepas bagitau ada fatwa yang kata homoseksual tidak layak untuk makan bersama jadinya dia kiaskan yang Ambiga sepatutnya tidak mengetuai gabungan Bersih dan demonstrasi.
Ust Nasha yang jadi pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari yang dia tubuhkan juga dilaporkan berkata lebih baik PAS sendiri yang ketuai gabungan tu dan bukan orang yang sokong LGBT.

Terus terang aku nak kata, kalau TG Nik Aziz dilaporkan kata macam tu pun aku tetap tak peduli.

Pasainya yang pertama, kalau ikut ayat yang dilaporkan, yang tak layak tu adalah homoseksual tapi Ambiga tak pernah mengaku atau dibuktikan seorang homoseksual atau lebih tepat lagi lesbian. Kalau nak kata dia sokong LGBT pun tak berapa nak tepat pasainya dia bagitau yang dia cuma sokong hak asasi manusia dan kebebasan bersuara semua rakyat Malaysia termasuk golongan LGBT.

Yang kedua, berketuakan Ambiga dalam himpunan Bersih tak sama dengan berketuakan TG Hj Hadi dalam PAS. PAS cuma sokong himpunan Bersih bukannya sokong Ambiga yang jadi pengerusi BERS✔H 2.0 bersama-sama dengan A. Samad Said.

Yang ketiganya, aku langsung tak percaya kalau dilaporkan TG Nik Aziz buat kenyataan macam tu pasainya masa himpunan BERS✔H 2.0 dulu pun TG Nik Aziz sokong himpunan tu dan masa tu Ambiga dah jadi pengerusi Bersih 2.0. Kalau ada laporan macam tu maknanya tentu laporan tu tak betul. Mungkin kenyataan TG Nik Aziz disalah petik kalau pun tak semata-mata fitnah dan spin media penchachai semata-mata.

Lagi pun kalau setakat kata ada fatwa sapa pun boleh kata, patutnya dia sebutkan matan fatwa tu dan sapa yang keluarkan fatwa tu.

Apa pun, aku memang dari dulu tak berapa selesa Ambiga jadi pengerusi BERS✔H 2.0, bukan pasai dia didakwa ada kaitan dengan LGBT tapi pasai dia sebelum ni dia lebih ke arah nak guna kaedah "pendidikan awam" dan tak berapa nak setuju dengan kaedah demonstrasi.

Aku lebih selesa kalau orang macam Mat Sabu yang ketuai BERS✔H yang jiwa dia memang cukup dekat dengan kaedah demostrasi jalanan.

Kalau setakat nak berhimpun di Dataran Merdeka macam masa BERS✔H 2.0 dulu mana nak ada harapan nak rasa pancutan air kimia dan gas pemedih mata penyesak dada. Nasib baik la masa BERS✔H 2.0 dulu depa tak bagi guna Stadium Merdeka, merasa jugak la air kimia dan gas.

Sama la jugak macam BERS✔H 3.0 ni, harap-harap jawatankuasa pemandu Bersih tak tiba-tiba jadi BANGANG dan setuju dengan cadangan DBKL supaya diubah lokasi ke Stadium bolasepak Cheras,Stadium Hoki Cheras atau Stadium Titiwangsa.


Nota kaki makan cekam:  Harap-harap takdak la yangterlalu  BANGANG yang kata aku keluarkan fatwa.pulak. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...