Berita baik dari Balai Polis Dang Wangi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 24, 2012

Berita baik dari Balai Polis Dang Wangi

Macam ramai dah tau, Balai Polis Dang Wangi dah pun keluarkan satu surat rasmi macam kat sebelah ni.

Bahasa dia sangat jelas, takkan benarkan himpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka hari Sabtu ni 28 April 2012.

Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku tapi aku yakin ramai jugak yang bersetuju dengan aku, berita dari Balai Polis Dang Wangi ni adalah berita terbaik mengenai himpunan Bersih 3.0 setakat ni.

Berita ni jadi bertambah baik bila baca laporan MalaysianInsider
KUALA LUMPUR, 24 April — Pergerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih hari ini mengekalkan cadangan mereka untuk meneruskan perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka dan 11 lokasi di bandar-bandar seluruh negara Sabtu ini.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) ketika sidang media berkata mesyuarat dengan 84 pertubuhan telah mendakan mesyuarat malam tadi dan sebulat suara untuk meneruskan ranangan mereka di Dataran Merdeka walaupun menerima ancaman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - TMI.
Lagi jadi bertambah baik dengan laporan dari Harakahdaily (lebih kurang macam yang aku posting aku pagi tadi "Kalau TG Nik Aziz dilaporkan kata macam tu pun aku tak peduli")
KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya. - Hrkh.
Berita baiknya pasai ada harapan himpunan kali ni pun akan ada semburan air kimia dan gas pemedih mata penyesak dada. Yang kaki demonstrasi tentu setuju dengan aku.

Aku yakin, antara sebab utama Bersih dan bersih 2.0 bagi kesan yang besar pasai ada semburan air kimia dan gas pemedih mata. Kalau takat buat kat dalam stadium aku yakin kesan dia tak tara mana.

Bagi yang masih teragak-agak nak pi ka dak, aku harap bulatkan minda dan hati, kita jumpa di Dataran Merdeka petang Sabtu ni.

Kalau pun mungkin tak boleh DUDUK BANTAH betul-betul atas padang rumput Dataran Merdeka pasai FRU dah kepung, boleh tengok tiang bendera yang tinggi kat Dataran Merdeka tu pun dah ok.

Cuma yang agak kurang baik sikit, sampai sekarang ni pun aku belum pasti bila aku boleh sampai ke Dataran merdeka dan juga belum pasti aku nak pi sampai ke Dataran Merdeka tu naik apa... hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...