Rupa-rupanya BERSIH dah dibersihkan dari "kekotoran" berdemo | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 12, 2010

Rupa-rupanya BERSIH dah dibersihkan dari "kekotoran" berdemo

Dalam berita Malaysiakini bertajuk "1,000 banjiri pelancaran kempen BERSIH 2.0" dilaporkan:
BERSIH - gabungan parti politik dan puluhaan NGO - sebelum ini menggegarkan politik negara apabila berjaya menganjurkan demonstrasi besar melibatkan 40,00 orang di Kuala Lumpur bagi menyampaikan tuntutan mereka kepada Yang Di-Pertuan Agung.

Pada 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 kembali semula selepas dua tahun melakukan pembersihan dirinya daripada parti politik, dengan ikrar untuk tidak lagi turun ke jalanan untuk mencapai matlamatnya.

Dan langkah pertama BERSIH ialah menyerahkan memorandum yang menyenaraikan 15 cadangan pembaharuan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam. - Mkini
Nampaknya aku sebelum ni ada sikit tertinggal keretapi masa aku post entry sebelum ni. Aku tak perasan pun yang Bersih 2.0 tu dah tak sama dengan Bersih (lama). Kiranya macam Bersih 2.0 ni dah "dibersihkan" dari kekotoran yang ada pada Bersih (lama).

Aku tak berapa faham frasa "murni apolitis" tu. Sapa-sapa yang pakar bahasa tolong bagitau apa makna sebenar frasa tu. Kalau ikut Kamus Dewan apolitis tu maknanya "polos politik". Polos pulak maknanya "1. tidak bercorak atau berbunga (kain dll); 2. sangat lurus (hati, fikiran, dll), tidak berniat jahat."

Maknanya apa yang BERSIH yang lama tu berniat jahat? Apa maksud sebenar yang BERSIH 2.0 nak cerita sebenarnya?

Apa pun, aku setuju dengan Pemuda Pusat.
Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. - mKini
Aku yakin sangat, kalau takat fokus kepada "pendidikan awan" memang tak sampai ke mana. Kalaupun orang awam semuanya faham pasai semua perkara yang Bersin 2.0 nak ajar tu tapi kalau di pihak kerajaan yang memerintah buat-buat tak faham, tak jadi apa punya laa.

Masalahnya, kalau pelancaran pun cuma takat boleh tarik 1000 orang saja yang hadir, maksudnya lagi payah laa...



   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis Kali ni aku memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...