Bubar Parlimen : Kelantan confirm ikut tapi Selangor confirm tak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 19, 2012

Bubar Parlimen : Kelantan confirm ikut tapi Selangor confirm tak?

Menteri Besar Pakatan Rakyat
Kalau ikut perkembangan terkini nampak gayanya macam hampir pasti Parlimen akan dibubarkan tak lama lagi dan kemungkinan PRU13 akan diadakan dalam bulan Jun masa cuti sekolah.

Yang jadi persoalannya, adakah kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat akan turut sama bubar Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Yang setuju bubar serentak macam TG Nik Aziz akan gunakan hujjah takmau berlaku pembaziran pasainya kalau dibuat berasingan maknanya kena keluar belanja dua kali, kena keluar tenaga dua kali dan Umno BN akan ada jentera dan dana tambahan dari negeri-negeri lain terutama sekali jentera dan dana kerajaan negeri lain.  
Memang PAS Kelantan juga akan dapat tambahan jentera dan dana dari negeri lain tapi tak mungkin akan dapat lawan terutama sekali tambahan kekuatan dana Umno BN.

Untuk yang tak setuju pulak gunakan alasan pasai apa kita perlu ikut Umno BN sedangkan kita ada kuasa untuk tentukan tarikh pilihanraya ikut kekuatan dan  persediaan kita. Kita patut buat pilihanraya bila kita rasa kita dah cukup bersedia. Dan yang lebih penting kita boleh umumkan tarikh pilihanraya jauh lebih awal, tak macam Najib yang rahsiakan tarikh pilihanraya.

Tambah-tambah pulak kalau Pakatan Rakyat gagal tawan Putrajaya PRU13 nanti, kalau tak bubar serentak maknanya Pakatan Rakyat masih ada kuasa di peringkat negeri.

Memang ada pro dan kontra kalau ikut sama bubar Dun atau tak ikut bubar sama Dun, tengok kepada apa hujjah masing-masing. Yang jadi persoalannya yang mana satu lebih bagi keuntungan kepada Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan.

Semalam, mStar melaporkan:

[Sumber: mStar]
Kalau tengok kepada hujjah Anwar tu memang relevan sangat kalau Selangor tak bubar serentak dengan  pembubaran Parlimen dengan harapan Pakatan Rakyat mampu rampas Putrajaya dan boleh 'arahkan' SPR supaya bersihkan Daftar Pemilih sebelum Dun Selangor dibubarkan.

Dan memang pun, kalau ditengok kepada pendedahan yang dibuat berkenaan daftar pemilih, nampak jelas yang Umno BN melalui para penchachai 'si anjing Umno' memang bersungguh-sungguh nak rampas balik Selangor dengan cara mengotorkan Daftar Pemillih.

Lagi satu, ok jugak kalau Selangor tak bubar dewan setentak, sekurang-kurangnya kita boleh buat bandingan yang mana lebih untung, bubar serentak dengan parlimen atau bubar tak serentak dengan parlimen.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...