Bakal Menteri Besar Johor akan usaha ambil balik Pulau Batu Putih | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 23, 2012

Bakal Menteri Besar Johor akan usaha ambil balik Pulau Batu Putih

Pulau Batu Putih - jarak
Macam yang semua orang tau, Salahuddin sebelum ni ada dimasyhurkan sebagai bakal calon Menteri Besar Johor kalau Pakatan Rakyat berjaya tawan negeri Johor.

Sebagai rakyat negeri Johor, isu berkenaan hak milik pulau Batu Putih tu tentunya sangat dekat dihati  Salahuddin Ayub dan dia memang sentiasa memperjuangkan hak milik kita ke atas pulau tu.

Aku yakin kalau Salahuddin Ayub yang jadi Menteri Besar Johor lepas ni, dia tentu punya akan usahakan sedaya upaya supaya hak milik pulau Batu Putih dapat balik kepada Malaysia.

Sebelum ni bila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bagi hak milik pulau batu Putih kepada Singapura, Salahuddin Ayub cuba bawa satu usul tergempar di Parlimen supaya dibahas isu Pulau Batu Putih tu tapi malangnya ditolak oleh speaker.  
Pada 17 18 April lepas masa membahaskan Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 Salahuddin Ayub sekali lagi bangkitkan berkenaan isu hakmilik pulau Batu Putih ni. Dia mendesak kerajaan Malaysia supaya berusaha agar perbicaraan berkenaan hak milik pulau batu Putih diadakan semula.

Bagi yang dah ingat-ingat lupa pasai isu hak milik pulau Batu Putih tu, elok baca berita yang dilaporkan Harakah cetak edisi terkini (23 - 26 April 2012)

Harakah melaporkan:
[Sumber: e-Harakah]
Nak harap Menteri Besar Johor yang ber'mazhab' Umno nak perjuangkan pulau Batu Putih macam Salahuddin Ayub, tunggu depa jadi pembangkang dulu kut baru nak berani bersuara, tapi kalau dah jadi pembangkang  mana boleh jadi Menteri Besar.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...