Pendedahan dokumen tender Selangor : Dr Hasan yang bakal kena? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 08, 2012

Pendedahan dokumen tender Selangor : Dr Hasan yang bakal kena?

Selangor katanya akan dedahkan sema dokumen pemberian tender yang melibatkan pemberian tender secara rundingan dari tahun 2006 hingga 2010. Disebabkan segala dokumen tu tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi, pendedahan tu akan dibentangkan dulu di persidangan DUN untuk kelulusan.

Pendedahan tu akan jadi senjata yang paling ampuh untuk lawan Umno BN. Dengan pendedahan tu tentu punya akan jelas nampak macamana celakanya kerja buat Umno semala memerintah Selangor. Tentunya akan timbul banyak benda yang mengejutkan.

Tentu ada harga tender yang terlalu tinggi dari yang sepatutnya. Tentu ada tender yang dibagi kepada kontraktor yang takdak pengalaman langsung. Malah mungkin ada tender yang dibagi kepada kontraktor yang tak layak langsung dapat tender. Dan tentunya semua kontraktor tu boleh dikaitkan dengan pemimpin Umno BN.  

Yang lebih menariknya, rakyat boleh buat perbandingan pasai pendedahan tu dibuat untuk tender dari tahun 2006 hingga tahun 2010, dua tahun masa BN perintah dan tiga tahun masa Pakatan Rakyat memerintah.

Malaysiakini melaporkan:

[Sumber: Mkini]
Kalaupun mungkin ada tender runding terus yang diluluskan masa Pakatan Rakyat memerintah yang tak berapa nak kena, penberian tender tu mungkin boleh dikambinghitamkan Dr. Hasan Ali yang masa tu jadi Exco.

Harus diingat, Dr. Hasan Ali bukan saja jadi Exco Agama tapi dia juga pegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang cukup melibatkan dana yang cukup besar dan mungkin paling banyak tender.  Katanya lebih separuh separuh dari peruntukan perbelanjaan negeri Selangor masa tu terletak di bawah kawalan Dr. Hasan Ali.

Dan memang pun ada khabar angin sebelum ni Dr. Hasan dituduh bagi banyak projek kepada pemimpin-pemimpin Umno. Sebelum ni cuma boleh jadi tahap khabar angin pasai tertakluk di bawah OSA. Bukti ada cuma tak boleh nak dedahkan.

Pendedahan dokumen tender ni akan jadi senjata serampang dua mata, satu mata nak cucuk Umno BN yang memang musuh utama Pakatan Rakyat dan satu mata lagi nak cucuk Dr. Hasan Ali yang semenjak dipecat dari PAS dan dilucutkan jawatan Exco banyak menghentam Pakatan Rakyat.

Mampuih la Dr. Hasan Ali nak jawab lepas ni.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...