Bini Guan Eng sama taraf dengan bini Najib? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 08, 2012

Bini Guan Eng sama taraf dengan bini Najib?

Nampak gayanya, puak-puak penchachai Umno dah takdak isu nak belasah DAP. Tambah-tambah di Melaka yang BN masih memerintah. Khabarnya Umno BN di Melaka pun dah tak sedap duduk lebih kurang macam Umno di Johor.

Kalau di Johor yang selama ni dianggap kubu kuat Umno pun Muhyiddin dan Ghani Othman seriau, inikan pulak Melaka yang bukan kubu kuat Umno. Tambah-tambah sejak PAS Melaka diterajui oleh orang muda, gerak kerja depa memang laju semacam. Orang cina di Melaka pun nampaknya semakin dapat menerima pemimpin PAS.

Jadinya, untuk pastikan Melaka kekal ditangan Umno BN, DAP mesti dipancung di Melaka. Kalau DAP Melaka boleh menang semua kerusi Dun, harapan untuk Melaka jatuh ke tangan pakatan Rakyat cukup besar. DAP di Perak boleh buat takkan DAP di Melaka tak boleh. Tambah-tambah pulak dalam keadaan pengundi Cina cukup meluat dengan Umno BN sekarang ni.
Kalau DAP boleh menang semua 8 kerusi Dun yang depa bertanding maknanya Pakatan Rakyat cuma perlu lagi 6 kerusi untuk dapat majoriti mudah. Takkan kut PAS yang semakin kuat di melaka tak boleh menang beberapa kerusi, macam tu jugak takkan PKR langsung tak boleh menang.

Aku malas nak buat analisa tapi aku yakin banyak Dun di Melaka yang pengundi cina lebih dari 20%. Kalau kecenderungan pengundi cina akan undi Pakatan Rakyat lebih 70%, kerusi yang pecahan pengundi cina lebih 20% memang ada harapan untuk dapat kepada Pakatan Rakyat.

Pasai tu lah penchachai Umno dah mula tembak pemimpin DAP. Nak tembak dengan bukti depa takdak, jadinya cara yang paling mudah depa buat fitnah.

Betty Chew adalah antara mangsa fitnah. Memang patutpun Betty Chew dijadikan mangsa utama pasai selain Adun dari DAP, Betty Chew adalah isteri kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP. Besar kesannya kalau  ramai orang percaya fitnah ke atas Betty Chew.

Kat bawah ni aku salin tampal fitnah yang aku jumpa di blog penchachai Umno.


Konon depa nak bagitau, bukan isteri Najib ja teruk tapi isteri Guan Eng pun teruk jugak. Masalahnya, dakwaan ni langsung takdak bukti.

Dengarnya memang ada arahan jelas kepada semua cyber troopers Umno untuk buat fitnah kepada setiap bakal calon Pakatan Rakyat. Bila dah nama fitnah mana nak boleh ada bukti. Realitinya, depa tak perlu bukti pun pasainya memang majoriti rakyat Malaysia suka berita sensasi dan tak kisah pun nak semak betul atau tak berita sensasi tu.

Moga-moga Melaka pun akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan akan bertambah sorang lagi menteri besar dari kalangan orang PAS.

Berkaitan
Bini Guan Eng sama taraf dengan bini Najib? - Harakahdaily


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...