Keputusan Mesyuarat PAS Kawasan Kuala Kedah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 12, 2012

Keputusan Mesyuarat PAS Kawasan Kuala Kedah

Macam semua orang yang ikuti perkembangan konflik perlantikan Exco di Kedah baru-baru ni sedia maklum, keputusan yang dibuat oleh persidangan khas AJK PAS Pusat di Seri Mentaloon dah buat keputusan Ust Azizan kekal sebagai MB dan 2 Exco berkenaan kena terima balik jawatan Exco.

Sebelum ni ada dilaporkan yang PAS Kuala Kedah ada hantar surat tunjuk sebab kepada Ir Amiruddin pasai tindakan dia terima perlantikan Exco sebelum ni bercanggah dengan keputusan mesyuarat AJK PAS Kuala Kedah.

Jadinya bila Ir Phahrolrazi pun setuju terima semula jawatan Exco kedah, maknanya dia pun sepatutnya diberikan juga surat tunjuk sebab macam yang Amiruddin dapat tu.
Tapi pasai arahan untuk terima jawatan tu adalah keputusan PAS Pusat makanya PAS Kuala Kedah kena batalkan keputusan mesyuarat sebelum ni tu.

Aris Awang maklumkan dalam Facebook dia, PAS Kawasan Kuala Kedah dah pun bemesyuarat dan maklumkan keputusan mesyuarat tu.
Bismi-llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm

Demi Menyempurnakan Ketaqwaan Kepada Allah dan Kebaktian Kepada Sesama Manusia.

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Khas PAS Kawasan Kuala Kedah yang bersidang pada 5.30 ptg, Ahad, 11 Mac 2012 di Markaz PAS Kawasan Kuala Kedah, Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah, telah:-
1. Sebulat suara bersetuju dan akur terhadap keputusan serta arahan PAS Pusat:-
     a. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu.
     b. YAB Dato' Seri Hj Azizan Abd Razak kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
     c. YB Dato' Hj Phahrolrazi Zawawi menerima semula jawatan sebagai EXCO negeri Kedah.
2. Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa semua keputusan yang diputuskan sebelum ini dimansuhkan serta merta.
3. Mesyuarat juga memutuskan satu majlis kesyukuran dan ceramah yang melibatkan YB Dato' Phahrolrazi Zawawi, YB Dato ' Amiruddin Hamzah dan YB Mohd Nasir Mustafa akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini.

Sekian, harap maklum.

ARIS BIN AWANG
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah.
9.47 mlm - 11 Mac 2012
Sumber: FB Aris Awang
Nampak macam semua pihak dah wala' dengan keputusan serta arahan PAS Pusat tu, memang sepatutnya pun macam tu. Bukan saja diterima tapi kena dilihat diterima.

Aku harap sangat keputusan serta arahan tu bukan saja diterima 'secara rasmi' saja, maksud aku, bukan sekadar diterima oleh mesyuarat tapi kena diterima dengan sepenuh hati.

Aku taktau la apa pandangan orang lain, tapi aku rasa macam ada lagi benda yang masih belum beres di Kedah. Nampak macam belum ada semangat muhibbah, saling bermaaf-maafan.

Nampak macam masing-masing rasa macam depa menang dan pihak yang satu lagi kalah. Aku harap aku salah tapi macamana kalau aku betul.

Jadinya aku harap, jawatankuasa Pemandu tu bukan saja memantau pentadbiran kerajaan negeri kedah tapi yang lebih penting sentiasa memantau PAS Kedah itu sendiri.

Cumanya sampai hari ni belum ada tarikh bila 2 orang Exco tu akan angkat sumpah sebagai Exco. Takkan cadangan Jawatankuasa Pemandu tu ada masalah dengan istana kut...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...