Tuduhan tu cukup jelas, mula-mula Ketua Polis Negara masa tu, Musa Hassan dikaitkan nama dengan kumpulan kongsi gelap.
Kemudian bila dibuat siasatan dan kes tu hampir dibongkar tiba-tiba Peguam Negara gunakan kuasa dia pulak dan masuk campur.
Pegawai polis yang siasat kes kongsi gelap tu dituduh memalsukan bukti dan pemberi maklumat pulak dipaksa tukar maklumat. Akhirnya semua pihak didapati tak bersalah termasuk ahli kongsi gelap yang dibuang daerah.
Isunya kat sini, tuduhan tu tersangat berat yang melibatkan ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang pegang kuasa tertinggi dan paling strategik.
Masalahnya sapa yang sepatutnya siasat kes ni dan kalau ada kes siapa yang akan dakwa kes ni.
Cumanya setakat ni belum ada dakwaan pemimpin tertinggi negara pun terlibat dalam kes ni. Kalau KPN dan AG depa boleh kuasai dan sanggup jadi balaci kongsi gelap, ahli politik lagi la mudah untuk depa kuasai.
Mungkin kut PM masa tu, Dr. Mahathir dan kemudiannya Paklah tak berapa cukup syarat untuk join kongsi gelap, berbanding PM sekarang ni, yang nampak macam ada ciri-ciri ahli kongsi gelap.
Aku langsung tak terkejut kalau lepas ni ada yang dakwa Najib pun terlibat dengan kongsi gelap ni. Tambah-tambah dalam keadaan najib yang macam telur dihujung tanduk sekarang ni. Macam yang dia pernah kata sebellum ni, Umno akan gunakan apa saja cara untuk pertahankan Putrajaya.
Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis