Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim sangat setuju dengan idea tu. Depa guna hujjah mandat yang rakyat bagi adalah 5 tahun dan masih banyak benda yang belum sempat dibuat.
TG Nik Aziz pulak tak setuju dengan cadangan tu atas alasan pembaziran sebab nak kena buat pilihanraya dua kali. Ust Azizan setakat yang aku belum jumpa kenyataan dia pasai pilihanraya berasingan ni.
Dari segi politiknya, pembangkang memang dah lama persoal pasai apa Umno BN sembunyikan tarikh bubar Parlimen dan Dun tak macam negara-negara lain yang umumkan tarikh pilihanraya jauh lebih awal, malah ada yang umumkan lebih setahun lebih awal.
Aku sebelum ni sangat bersetuju dengan idea tu atas hujjah memang kuasa menteri Besar dan Ketua Menteri bila nak bubarkan DUN dan kita tak sepatutnya ikut rentak Umno BN yang berkuasa diperingkat pusat.
Lagi pun, bila kita yang pilih tarikh, kita boleh pilih tarikh yang sesuai dengan kita dan dah tentulah tarikh yang terbaik yang boleh bagi kelebihan kepada kita.
Semalam aku terfikir satu benda yang aku tak pernah terfikir selama ni. Aku pun heran pasai apa aku tak pernah terfikir sebelum ni.
Dengan pendedahan berkenaan daftar pemilih yang nampak sangat-sangat bercelaru dan tak telus dengan cukup banyak pengundi yang diragui dan ditambah lagi dengan aksi-aksi 'si anjing Umno' dikalangan pegawai SPR sendiri, buat pilihanraya secara berasingan adalah pilihan yang paling BANGANG yang kita ada.
Dengan kuasa yang ada pada Umno BN dan jugak penchachai-penchachai depa yang ada dalam SPR dan JPN, cuba bayangkan apa yang depa boleh buat dengan daftar pemilih tu untuk rampas negeri-negeri yang buat pilihanraya berasingan.
Senang ceritanya, kalau buat pilihanraya secara berasingan memang Pakatan Rakyat sengaja menempah maut. Tentu punya Daftar Pemilih tu akan dimanipulasi untuk pastikan Pakatan Rakyat kalah di semua negeri-negeri tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis