Sapa kata Dr. Hasan Ali takut nak mai ceramah di Parit Buntar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 28, 2012

Sapa kata Dr. Hasan Ali takut nak mai ceramah di Parit Buntar?

Sapa yang kata Dr. Hasan Ali penakut nak mai Parit Buntar hangpa patut tarik balik kata-kata hangpa tu.

Dr. Hasan Ali bukan sahaja berani turun Parit Buntar jumpa bekas pengundi dia tapi dia pilih untuk turun di kawasan antara yang paling kuat PAS di Parit Buntar.

Aku pun terkejut sebenarnya bila ada member bagitau yang "Dr. Hasan Ali nak turun bagi ceramah pasai beras JATI kat Batu Lima."

Taktau la pulak kalau Dr. Hasan Ali dah lupa dan tertukar antara Batu 5 dengan Simpang 3.

Sebelum ni ada ura-ura yang kata Dr. Hasan Ali nak turun belah Tanjong Piandang atau Bagan Tiang. Kalau kot belah tu aku tak heran sangat pasai kot belah tu masa dia bertanding dulu kira 60-40, 60 BN 40 PR.
Mungkin betul macam yang KakiHentam tulis, mungkin ada "Cubaan nak memalukan Hasan Aqidah."

Sebelum ni bila ada khabar angin kata Dr. Hasan Ali nak berceramah di Tanjong Piandang atau Bagan Tiang yang kemudiannya terbukti khabar palsu, ramai 'panglima-panglima' PAS dah 'terlepas cakap' kata kalau betul Dr. Hasan Ali berani mai Parit Buntar depa kata depa nak buat begini nak buat begitu.

Tak payah la aku sebut depa kata depa nak buat apa pasai aku pun dah ingat-ingat lupa pasai ramai jugak la yang aku dengar dah 'terlepas cakap' macam tu.

Senang ceritanya, kalau depa berani buat macam yang depa kata tu kira memang layak la kalau depa nak mengaku 'panglima'.

Jangan pulak buat-buat lupa tarikh ceramah Dr. Hasan JATI tu sudah la, malu la kalau tahap 'panglima' cakap tak serupa bikin.

Kepada yang ada kamera canggih-canggih elok hangpa pi Batu 5 malam tu, mana tau ada 'aksi-aksi menarik' yang boleh hangpa rakam.

Apa pun, aku yakin ramai puak-puak PAS akan pi ceramah Dr. Hasan Ali di Batu 5 tu. Aku nak cadangkan kat puak-puak PAS yang nak pi ceramah tu jangan duduk atas bangku yang disediakan. Biar walaupun ramai yang hadir ceramah tu tapi bangku yang disediakan takdak orang duduk.

Biar si 'parasit' tu tau tara mana tahap meluatnya kulaan belah sini kat dia.

Ceramah Hasan Ali Parasit di Batu 5
[Sunber: KakiHentam]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...