Apa yang buat Mat Sabu berkenan kat Zaid Ibrahim? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 08, 2012

Apa yang buat Mat Sabu berkenan kat Zaid Ibrahim?

Pada 5 Februari lepas Malaysiakini ada melaporkan:
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan PAS sedia menawarkan kerusi parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Memetik kenyataan dari Mohamad Sabu, akhbar milik Umno itu berkata timbalan presiden PAS itu akan berbincang mengenai tawaran kepada presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.

"Itu kita akan bincang, saya tak kata 'no' atau 'yes', kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan," katanya. - Mkini.   
Juga dilaporkan:
Utusan juga melaporkan Mohamad atau lebih popular dengan nama Mat Sabu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan PAS Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid. - Ibid.
Aku yakin ramai penyokong Pakatan Rakyat terutama sekali penyokong KRP tak puas hati dengan kenyataan Mat Sabu ni. Betul atau tak kenyataan Mat Sabu macam yang ditulis mingguna Malasia dan Utusan tu, aku tak pasti tapi andaian aku, kalaupun tak 100% tepat macam kenyataan sebenar Mat Sabu tapi aku yakin 'rohnya' ada.

Pasainya kalau kenyataan tu tak betul dah pasti ada penafian dari Mat Sabu sendiri, kalau pun Mat Sabu tak  saman pulak Mingguan Malaysia dan Utusan.

Semalam aku telefon orang kuat Mat Sabu tanya pasai benda ni. Apa yang Mat Sabu berkenan sangat dengan Zaib Ibrahim ni. Member tu tak nafikan laporan tu tapi kata kenyataan Mat Sabu tu adalah 'kenyataan politik.'

Member tu bagitau "kita kena pastikan Zaid tak menyeberang balik ke belah sana".

Aku teringat satu pesanan Allahyarham Ust Fadil Noor supaya PAS mengurangkan musuh. Musuh kita adalah Umno dan BN. Jadinya dalam berpilihanraya, sapa-sapa yang lawan Umno dan BN kita kena buat kawan. Kalau dengan depa pun kita nak lawan, bila pulak masa kita nak lawan Umno BN. Mungkin dalam hal-hal lain depa tak sependapat dengan kita tapi dalam bab Umno BN kita ada persamaan.

Pada aku tindakan Mat Sabu tu satu tindakan politik yang bijak. Dia tak kata PAS sedia tawarkan kerusi kepada Zaid Ibrahim, dia tak kata 'no' atau 'yes', tapi dia kata PAS akan berbincang kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan.

Lagi satu, Mat Sabu dah sepak isu tu kepada Ahli Parlimen Kota Bharu, Hj Wan Rahim. Hj Wan Rahim ni seorang ahli politik veteran PAS yang cukup luas pengalaman berpolitik termasuk pernah jadi Speaker Kelantan. Hj Wan Rahim ni seorang yang lembut dan berfikiran luas. Walaupun sebagai pemimpin veteran tapi dia takdak masalah untuk buat hubungan dengan semua golongan termasuk dengan orang muda malah dia pernah beberapa kali buat pertemuan khusus dengan blogger dan Facebooker di Kota Bharu.

Mat Sabu bukannya bagi kuasa kepada Hj Wan Rahim untuk buat keputusan tapi bagi ruang kepada Hj Wan Rahim untuk buat perbincangan dengan Zaid Ibrahim. Dia bukan suruh bagi kerusi tapi suruh berbincang.

Sekurang-kurangnya dalam proses berbincang tu, kalau la antara pilihan yang ada pada Zaid Ibrahim adalah untuk kembali kepada Umno BN, aku yakin Zaid Ibrahim akan 'hold on' dulu. Sekurang-kurangnya PAS dah berjaya beli masa Zaid Ibrahim.

Update:
Apa yang buat Mat Sabu berkenan kat Zaid? (Sambungan)

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...