Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap tindakannya dalam sambutan keagamaan kaum lain di negara ini adalah berlandaskan kepada syariat Islam yang dibenarkan.
Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad S.A.W. dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.
Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengenai kehadiran Perdana Menteri di sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, Najib berkata beliau berasa lega apabila Mufti Perak itu menyatakan apa yang dilakukannya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di perkarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terlibat dalam majlis keagamaan sama sekali. - Utusan.
Hebat Najib sekarang ni, dah berani cakap soal akidah. Dr. Hasan Ali tentu seronok kalau dia dengar ucapan Najib yang ni.
Nampaknya tak sia-sia la perjuangan Dr. Hasan Ali, Najib sendiri pun nampak macam dah mengiktiraf. Ada harapan kut boleh jadi calon PRU13 nanti. Mungkin sesuai kut kalau Dr. Hasan Ali buat pelancaran semula JATI dia, suruh Najib yang lancarkan.
Apa pun, kalau betul macam yang Najib kata tu, dia tak terlibat langsung dalam majlis keagamaan sama sekali, ok la.
Sebelum ni Utusan pun ada melaporkan:
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Batu Caves pada Hari Thaipusam baru-baru ini tidak bercanggah dengan agama dan menepati garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis lebih keras macam yang dilaporkan MalaysiaInsider:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Perdana Menteri sudah menjelaskan secara terperinci berhubung perkara itu kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan beliau memahaminya.
''Perdana Menteri tidak menyertai apa-apa acara keagamaan sebaliknya mahu bertemu rakyat dan menerangkan polisi-polisi kerajaan," katanya ketika menjawab soalan peserta apabila ditanya mengenai ulasan-ulasan negatif ekoran kunjungan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena hari Thaipusam baru-baru ini. - Utusan.
Seorang bekas Mufti Perlis telah menuduh pengkritik lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena Thaipusam baru-baru ini mengamalkan ‘double standards’ kerana mereka telah berdiam diri berkenaan dengan lawatan yang serupa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pun begitu aku harap Jamil Khair dan Dr. Asri boleh komen sama pasai gambar kat bawah ni.
Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa sebuah gambar yang beliau letak di laman Facebook berkenaan dengan lawatan Thaipusam Datuk Seri Najib Razak ke kuil di Gombak telah mendapat beratus-ratus komen negatif, sedangkan gambar yang menunjuk pemimpin pembangkang sedang merayakan perayaan yang sama di Ipoh telah dianggap sebagai palsu. TMI.
Aksi menyalakan lampu minyak kuttu vilakku ni bukan upacara ugama jugak kot? [sumber] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis