Betapa BANGANGnya kenyataan Hishamuddin ni... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 19, 2012

Betapa BANGANGnya kenyataan Hishamuddin ni...

Hishamuddin Aww!
Malahysiakini melaporkan:
Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) yang dilancarkan pada Disember lepas, mampu menyelesaikan isu pengundi hantu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, pelaksanaan sistem ini juga dapat menambah baik dan mengemaskinikan segera segala data mengenai daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selaras dengan syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

ALIS, selain memudahkan urusan mendapatkan permit untuk pengkebumian dan sijil kematian, turut berkongsi maklumat di antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lapan agensi kerajaan lain, termasuk SPR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. - Mkini.   
Yang bangangnya Hishamuddin ni bila dia dilaporkan berkata:
Hishammuddin berharap dengan adanya sistem ini "isu wujudnya pengundi hantu seperti yang didakwa pihak tertentu tidak lagi timbul dan dijadikan bahan politik murahan untuk mengelirukan rakyat."

Melalui ALIS, laporan kematian seorang pengundi akan disalurkan terus kepada semua agensi yang berkongsi maklumat melalui dalam talian, termasuk SPR, dan akan membantu suruhanjaya itu bertindak mengemaskinikan data daftar pemilih dengan mengeluarkan nama si mati sebagai pengundi, katanya.

Beliau berkata sebelum ini SPR tidak boleh sewenang-wenangnya membuang nama pengundi yang didakwa sudah meninggal dunia jika tidak dibuktikan oleh waris si mati dengan sijil kematian yang dikeluarkan JPN. - Ibid.
Apa la Malaysia ada menteri yang BANGANG macam ni. Jadi menteri tapi maklumat asas yang cukup penting macam ni pun taktau. Menteri Dalam Negeri pulak tu.

Mungkin dengan kenyataan 'BANGANG' dia tu, dia nak bagitau yang selama ni SPR cuma potong nama orang yang dah mati bila "dibuktikan oleh waris si mati dengan sijil kematian yang dikeluarkan JPN". Mungkin nama allahyarham bapak dia dulu SPR potong dari senarai daftar pemilih pasai dia serahkan sijil kematian kepada SPR kut.

Padahalnya, SPR dah gunakan 'kerjasama' dengan JPN sejak dari dulu lagi untuk potong nama pengundi yang dah mati dari senarai daftar pemilih.

Malah, sistem ALIS tu pun dah bertahun SPR guna, dah lebih sepuluh tahun kalau tak silap aku.

Aku harap takdak bakal ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang berpotensi untuk jadi menteri yang BANGANG macam Hishamuddin ni.

Aku rasa Hishamuddin nak ulas berita ni kut:
PUTRAJAYA 16 Feb. - Senarai nama warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih kini boleh dipadamkan serta-merta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui satu laporan kematiannya sahaja daripada agensi pengesahan seperti polis.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, perkara dilakukan melalui Agency Link Up System (Alis) iaitu rangkaian secara online Jabatan Pendaftaran Negara yang saling berhubung dengan pelbagai agensi lain.

"Secara serta-merta mereka boleh memadamkan nama seseorang daripada nama senarai pengundi... itu hak mereka, jadi tidak timbul isu pengundi hantu dan sebagainya lagi. — BERNAMA
Aku harap Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat bantah kaedah terbaru ni sekeras-kerasnya, pasainya kaedah ni terdedah kepada penyelewengan dan salahguna. Lagipun, kaedah yang SPR guna selama ni untuk potong nama pengundi yang dah mati dah cukup elok, telus dan takdak masalah apa pun.

Pasainya dalam SPR dan JPN tu bersepah pegawai yang aku selama ni panggil "si anjing Umno" yang sanggup buat apa saja aksi untuk pastikan Umno BN menang. kaedah baru ni aku rasa akan memudahkan depa manipulasi untuk buang nama pengundi Pakatan Rakyat dari senarai tanpa kita sedar.

Mungkin akan ada yang akan kata "Takkan depa nak buat sampai macam tu kot?" Masalahnya, lebih dari tu pun depa dah biasa buat sebelum ni...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...